AWASI SISA ASAP BASI

Perbuatan merokok bukan sahaja memudaratkan kesihatan perokok tetapi juga orang sekeliling terutamanya kanak-kanak.

Apabila seseorang merokok, kesan-kesan sisa tembakau masih melekat pada baju, kulit dan rambut.

Sehubungan itu, orang sekeliling terutamanya kanak-kanak tidak boleh dianggap bebas daripada bahaya rokok apabila perokok merokok di luar bangunan.

Oleh itu, orang ramai terutamanya kanak-kanak hendaklah menjauhi perokok agar dapat mengurangkan risiko kesihatan yang berpunca daripada sisa asap basi seperti masalah saluran pernafasan, serangan asma, perkembangan otak terencat dan jangkitan paru-paru.

(Sumber KKM)