Baca Cetakan Kecil Pada Paket

Pengguna sering terpedaya dengan dakwaan yang dibuat oleh syarikat pengeluar barangan. Cetakan besar pada paket menyatakan sesuatu untuk menarik perhatian anda sementara cetakan kecil menyatakan perkara lain. Kadangkala ia memaparkan gambar yang amat mengelirukan.

Dalam hal ini produk mendakwa “WITHOUT SUGAR” (tanpa gula) tetapi senarai bahan ramuan menunjukkan adanya gula dan meletakkannya di tangga kedua selepas biji kopi. Ini bermakna gula merupakan ramuan paling biasa di dalam produk tersebut.

Pada label Maklumat Pemakanan, produk itu dikatakan mengandungi gula dalam kadar 14.7g per 100g di dalamnya. Pelabelan makanan yang mengelirukan adalah satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Di manakah penguatkuasaan? Pastikan anda sentiasa membaca cetakan kecil pada paket ketika membeli-belah.