OBESITI dan pertambahan berat mungkin kesan sampingan rawatan antibiotik berlebihan pada manusia dan penggunaan berterusan antibiotik dalam haiwan ternakan. Sesetengah saintis kini percaya bahawa antibiotik mungkin mencetuskan wabak obesiti dengan mengacau bakteria usus kita.
Penyelidikan moden menunjukkan bahawa obesiti terikat kepada komposisi bakteria usus kita dan teori baharu mengaitkan antibiotik dengan kenaikan mendadak dalam obesiti.
Mengikut reka bentuk, antibiotik mengganggu keseimbangan bakteria baik dan jahat dalam saluran gastro usus, sering membunuh mikroorganisma bermanfaat dan berbahaya tanpa perbezaan.
Melalui mekanisma yang sama, antibiotik mungkin juga menyebabkan berat anda bertambah. Antibiotik mensasarkan “penyakit tertentu seperti cara bom nuklear mensasarkan penjenayah, menyebabkan kerosakan tambahan,” kata Karen Kaplan dalam Los Angeles Times. Mangsa kebetulan termasuklah seluruh hos mikrob yang sebenarnya membantu kita, dan flora mesra kita tidak pulih sepenuhnya.
Sasaran antibiotik yang tidak disengajakan mungkin juga termasuk ukuran pinggang kita. Sains obesiti terbaharu menyarankan antibiotik mungkin membawa kepada pertambahan berat dengan cara berikut:
- Ia mungkin mengubah bakteria usus dan mengganggu hormon lapar penting yang dirembeskan oleh perut, membawa kepada peningkatan selera dan lemak tubuh.
- Ia mampu mengubah cara makanan diserap ke dalam usus, menjadikan lebih kalori tersedia untuk tubuh anda.
Itu mungkin satu alasan kenapa antibiotik digunakan sebagai penggalak pembesaran bagi haiwan. 70% antibiotik kita digunakan dalam haiwan.