BAGAIMANA MEMBESARKAN ANAK YANG KUAT

Ilustrasi: Teacher Goals

Semua ibu bapa ingin melindungi anak-anak mereka daripada kesakitan dan kesukaran. Tetapi bagi kanak-kanak membesar, mereka perlu belajar untuk mengambil sedikit risiko. Ini akan meningkatkan lagi keyakinan mereka dan menjadikan mereka lebih berdikari.

“Jangan cacatkan anak-anak anda dengan menjadikan hidup mereka mudah,” tulis penulis novel Robert Heinlein. Kanak-kanak bukanlah benda yang perlu dibentuk, tetapi orang yang perlu didedahkan.

Melindungi kanak-kanak daripada bahaya adalah penting. Tetapi sama juga pentingnya ialah membenarkan mereka untuk menghadapi cabaran. Biarkan mereka berasa terluka, biarkan mereka berasa sakit kerana ini akan memupuk daya tahan, kemahiran menyelesaikan masalah dan berdikari; dan menyediakan mereka untuk menghadapi situasi dunia yang sebenar.

Hadiah terbesar yang boleh anda berikan kepada anak-anak anda menurut kata pepatah adalah akar tanggungjawab dan sayap kemerdekaan. Untuk membesarkan anak-anak yang kuat, sokonglah anak-anak anda, tetapi jangan selamatkan mereka daripada cabaran.