Bahan kimia dalam produk penjagaan diri biasa seperti sabun dan alat solek boleh menyebabkan kanak-kanak perempuan mula akil baligh lebih awal

[Gambar: Rapeepong Puttakumwong/Moment/Getty Images, Nadejda/Adobe Stock]
Penyelidikan baharu daripada Persatuan Endokrin (ES) mencadangkan bahawa beberapa sebatian dalam barangan termasuk deodoran dan bahan pencuci boleh mengganggu sistem hormon semula jadi tubuh.

Akil baligh telah bermula lebih awal bagi kanak-kanak perempuan sejak beberapa dekad yang lalu. Pada pertengahan abad ke-19, kanak-kanak perempuan biasanya didapatangi haid pertama mereka pada usia purata 16.5 tahun. Hari ini, puratanya adalah antara 10 dan 13 tahun.

Walaupun pakar telah meneroka banyak teori mengapa permulaan akil baligh semakin muda seperti tekanan, obesiti, dan bahan per dan polyfluoroalkyl (PFAS), penyelidikan baharu mencadangkan ia mungkin disebabkan oleh bahan kimia yang mengganggu endokrin yang terdapat di dalam produk penjagaan diri.

Penyelidikan daripada Persatuan Endokrin, yang diterbitkan di dalam Endocrinology, menunjukkan pendedahan yang datang daripada bahan pencuci, deodoran dan barangan penjagaan diri yang lain. “Kami menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh dan lengkap terhadap 10,000 sebatian alam sekitar dengan kajian susulan yang meluas menggunakan sel otak manusia yang mengawal paksi pembiakan, dan pasukan kami mengenal pasti beberapa bahan yang mungkin menyumbang kepada akil baligh awal pada kanak-kanak perempuan,” Penulis Kajian, Natalie Shaw, M.D., daripada Institut Kesihatan Nasional Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar (NIHNIEHS) berkata dalam laporan itu.

Daripada bahan kimia itu, musk ambrette iaitu wangian yang digunakan dalam bahan pencuci, minyak wangi dan produk penjagaan tertentu, serta ubat-ubatan tertentu yang dipanggil Cholinergic agonists itu amat membimbangkan. Beberapa kajian terhadap tikus menunjukkan bahawa musk ambrette merentasi penghalang darah otak, kata laporan itu.

“Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan penemuan kami,” kata Shaw. “Tetapi keupayaan sebatian ini untuk merangsang reseptor utama dalam hipotenalamus iaitu  reseptor hormon pelepas gonadotropin dan reseptor kisspeptin yang meningkatkan kemungkinan pendedahan boleh mengaktifkan paksi pembiakan pada kanak-kanak secara pramatang.”

Bahan kimia yang mengganggu endokrin telah diperhatikan dengan lebih teliti sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana pakar mengatakan ia mengganggu sistem pengawalan hormon semula jadi tubuh. Dan akil baligh pramatang menimbulkan kebimbangan, kerana permulaan awal mempunyai kaitan dengan isu kesihatan utama termasuk diabetes, masalah jantung, kanser payudara, masalah kesuburan, dan juga masalah kesihatan mental.

Pakar telah meneroka banyak sebab lain yang berpotensi bagi akil baligh awal. Satu kajian kecil di New York mencadangkan tekanan era COVID-19 mungkin menjadi punca. Begitu juga, bukti telah didokumenkan dalam kajian baru-baru ini bahawa PFAS yang terdapat di dalam segala-galanya daripada bekas makanan dan alat memasak kepada pakaian telah menghalang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Pemimpin dunia telah mengambil langkah untuk menyekat gangguan hormon dalam persekitaran kita. Tahun ini, pentadbiran Biden mengeluarkan piawaian air minuman baharu untuk melindungi orang ramai daripada PFAS. Dan pada 2023, Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan enam racun makhluk perosak yang dianggap tidak selamat kerana berpotensi mengganggu endokrin.

Bagi musk ambrette, Eropah dan Kanada kini mengehadkan penggunaan bahan kimia itu. Walau bagaimanapun, sementara Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) mengeluarkan wangian daripada senarai “selamat”, ia masih ditemui di dalam produk.

“Kajian ini mencadangkan bahawa, dalam berhati-hati, adalah penting bagi ibu bapa untuk hanya menggunakan produk penjagaan diri bagi anak-anak mereka yang dikawal selia oleh Persekutuan,” kata Shaw.

Sumber: Fast Company (10 September 2024)