“Sebagai tambahan kepada kepatuhan sebagai cara untuk melegakan kegelisahan yang muncul daripada keterpisahan, faktor lain kehidupan moden mestilah dipertimbangkan: peranan rutin kerja dan rutin keseronokan. Manusia menjadi ‘sembilan hingga lima’, mereka adalah sebahagian daripada tenaga buruh, atau kerani dan pengurus daripada birokrasi. Mereka mempunyai sedikit inisiatif, tugas mereka ditetapkan oleh organisasi tempat mereka bekerja; malah terdapat sedikit perbezaan antara mereka yang berada di atas dan mereka yang di bawah. Mereka semua melakukan tugas yang ditetapkan oleh seluruh struktur organisasi, pada kelajuan yang ditetapkan, dan dalam cara yang ditetapkan. Malah perasaan juga ditetapkan: keceriaan, tolak ansur, kebolehpercayaan, cita-cita, dan kemampuan untuk akur dengan semua orang tanpa pergeseran. Keseronokan juga dirutinkan menjadi sama, walaupun bukan dalam cara yang drastik. Buku dipilih oleh kelab buku, wayang oleh pemilik filem dan teater dan slogan pengiklanan dibayar oleh mereka; selebihnya juga seragam: bersiar sambil memandu pada hari Ahad, sesi televisyen, permainan kad, parti sosial. Dari kelahiran sehingga kematian, dari Isnin hingga Isnin, dari pagi hingga petang – semua aktiviti dirutinkan dan pasang siap.” – ERICH FROMM