Baru-baru ini Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan mengumumkan bermulanya ujian klinikal untuk mengkaji penggunaan dan keberkesanan ivermectin bagi pesakit Covid-19 berisiko tinggi. Ketua Pengarah menambah bahawa bukti tidak meyakinkan bagi menyarankan rutin penggunaan ivermectin untuk pesakit Covid-19 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan untuk menggunakan ivermectin hanya dalam ujian klinikal Covid-19.
Sebaliknya, kini terdapat sejumlah bukti yang banyak berhubung penggunaan ivermectin bagi Covid-19 yang dikumpulkan, dan buktinya meluas, kuat dan tidak samar bahawa ubat ini amat selamat, murah dan berkesan bagi mencegah dan merawat Covid-19 dan dalam mencegah kematian akibat penyakit itu. Kajian klinikal ini diteliti dan dianalisis oleh pakar terkemuka dalam bidang penjagaan kritikal, penyelidik dan penganalisis data. Hasilnya, protokol yang amat berkesan dimajukan untuk mencegah dan rawatan awal Covid-19.
Data ini yang muncul di seluruh dunia menunjukkan keyakinan dan tidak dapat dipertikaikan “keberkesanan yang mendalam akan ubat anti-parasit dan anti-virus, agen anti-radang yang dipanggil ivermectin dalam semua peringkat penyakit itu. Hampir semua kajian menunjukkan kemampuan terapeutik dan keselamatan ivermectin dalam mencegah penyebaran dan perkembangan penyakit bagi mereka yang mengambil ubat itu”, kata Dr. Pierre Kory dalam testimoninya kepada senat Amerika Syarikat (AS) pada 8 Disember 2020
Dr. Kory ialah Presiden Front Line Covid-19 Critical Care (FLCCC) Alliance. FLCCC Alliance terdiri daripada pakar penyelidik perubatan dunia yang terkemuka, dan banyak diterbitkan dengan satu-satunya misi dalam beberapa tahun lepas untuk memajukan dan menyebarkan protokol rawatan paling berkesan bagi Covid-19.
Pada Disember 2020, FLCCC menyelesaikan penelitian data secara mendalam dan meluas berhubung penggunaan ivermectin dalam Covid-19 di seluruh dunia. Ia termasuklah sejumlah 6,612 pesakit daripada 27 ujian kawasan secara rawak (RCTs) dan kajian secara pemerhatian terhadap ivermectin. Kajian ini diteliti oleh rakan sejawat yang merupakan pakar perubatan termasuklah tiga saintis kanan kerajaan AS di US FDA dan Defence Threat Reduction Agency. Baru-baru ini diterbitkan dalam American Journal of Therapeutics (Kory P, Meduri GU, Varon J, et al 2021). Penyelidikan ini adalah penelitian yang paling menyeluruh daripada data yang didapati diambil daripada klinikal, in vitro, haiwan dan kajian dunia sebenar. Diketuai oleh FLCCC, sekumpulan pakar saintifik dan perubatan meneliti kajian rakan sejawat yang diterbitkan, manuskrip, pakar meta-analisis dan analisis epidemiologi rantau dengan usaha pembahagian ivermectin semuanya menunjukkan ivermectin adalah prophylaxis (pencegahan) berkesan dan rawatan bagi Covid-19.
Penelitian itu merumuskan bahawa ‘meta-analisis berdasarkan kepada 18 ujian kawalan secara rawak ivermectin dalam Covid-19 mendapati pengurangan besar yang ketara dalam statistik kematian, masa pemulihan klinikal dan masa bersih daripada virus. Hasil daripada beberapa ujian kawalan pencegahan, melaporkan pengurangan ketara risiko jangkitan Covid-19 dengan pengunaan biasa ivermectin. Banyak contoh kempen pembahagian ivermectin membawa kepada penurunan yang cepat dan meluas dalam morbiditi dan kematian penduduk menunjukkan agen oral ini berkesan dalam semua fasa Covid-19 telah dikenal pasti’.
Oleh sebab itu FLCCC telah menyarankan mengguna pakai penggunaan ivermectin di seluruh dunia dalam mencegah Covid-19. ‘Jika perkara ini berlaku di negara dan dunia, kami meramalkan pandemik ini akan berakhir, ekonomi boleh dibuka semula, interaksi dan aktiviti sosial boleh disambung semula, dan kehidupan boleh kembali semula seperti biasa’.
FLCCC merumuskan bahawa penggunaan ivermectin sahaja cukup berkesan bagi pengurusan pesakit luar dan pencegahan kontak rapat. Berdasarkan ini, FLCCC mewujudkan satu protokol baharu dipanggil ‘I-MASK’pada 30 Oktober. Ia menggabungkan satu dos oral ivermectin dengan penggunaan pelitup muka untuk mencegah merebaknya jangkitan (FLCCC Alliance-I-Mask plus Protocol).
Kajian FLCCC itu disusuli pula oleh Dr. Theresa A Lawrie yang ‘berdasarkan kesegeraan situasi itu menjalankan penelitian sistematik dan meta-analisis kajian dalam kertas kerja FLCCC untuk mengesahkan kesimpulam FLCCC’. Dr. Lawrie ialah Pengarah Evidence Based Medicine Consultancy Ltd (E-BMC), syarikat penyelidikan perubatan bebas berpangkalan di United Kingdom (UK) yang terlibat dalam penilaian bukti perubatan untuk menyokong garis panduan amalan klinikal. Beliau adalah pakar perunding bagi WHO dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan UK. Dr. Lawrie melakukan pemeriksaan lengkap 15 daripada 27 ujian klinikal yang diliputi oleh FLCCC.
Penelitian dan meta-analisis mengesahkan ivermectin mengurangkan risiko seseorang itu mati akibat Covid-19 dengan purata 83 peratus berbanding dengan tiada rawatan ivermectin. Apabila digunakan sebagai pencegahan dalam kalangan pekerja kesihatan dan kontak, ivermectin mengurangkan jangkitan Covid-19 sehingga 88 peratus. (Lawrie, T. 7 Januari 2021)
RCT adalah standard emas bagi reka bentuk kajian. Dalam ubatan berasaskan bukti moden, bentuk tertinggi bukti perubatan adalah penelitian sistematik dan meta-analisis RCTs. Penggunaan bukti dalam bentuk penelitian sistematik kini dianggap menjadi standard antarabangsa perkembangan garis panduan.
Kesimpulan FLCCC selanjutnya disokong oleh saranan panel British Ivermectin Recommendation Development (BIRD). BIRD mengadakan pertemuan pada Februari 2021 untuk menilai bukti berhubung penggunaan ivermectin bagi pencegahan dan rawatan Covid-19. Lebih 70 profesional kesihatan antarabangsa dari 16 negara termasuk pengamal perubatan, penyelidikan kesihatan, ahli akademik, saintis dan penyokong kesihatan terlibat dalam penyelidikan ivermectin menghadirinya.
Panel pakar BIRD melakukan penilaian menyeluruh ujian ivermectin yang wujud menggunakan bentuk tertinggi bukti perubatan – meta-analisis untuk menilai data daripada 21 ujian ivermectin (18 RCTs dan tiga separa RCTs) terhadap lebih 2,500 pesakit, sebelum membuat kesimpulan ia selamat dan berkesan bagi digunakan dalam merawat Covid-19.
Berikutan Buku Panduan WHO bagi Garis Panduan Pembangunan, panel BIRD mengundi memihak kepada ivermectin sebagai terapi baris depan Covid-19 dan ubat ini perlu dikeluarkan dengan segera.
Berdasarkan hasil bukti lengkap ‘panel BIRD menyarankan ivermectin bagi pencegahan dan rawatan Covid-19 untuk mengurangkan morbiditi dan kematian dikaitkan dengan jangkitan Covid-19 dan mencegah jangkitan Covid-19 dalam kalangan mereka yang berisiko tinggi’.
Ia juga ‘melihat ujian kawalan plasebo selanjutnya tidak mungkin menjadi beretika dan dimaklumkan bahawa protokol rawatan dan pencegahan boleh diperolehi daripada ujian klinikal dan beberapa protokol yang sudah dimajukan oleh pakar perubatan dalam bidang itu’ (BIRD, 20 Februari 2021).
Saranan panel BIRD juga diserahkan kepada WHO, dan Agensi Kesihatan Awam di AS, Kanada dan Eropah.
Pada Januari 2021, WHO membiayai meta-analisis yang dijalankan oleh 40 ahli daripada 13 negara dengan jumlah 2,282 pesakit dilaporkan mendapat manfaat konsisten daripada ivermectin. Diketuai oleh Dr. Andrew Hill, perunding WHO, hasil 18 RCTs menunjukkan pengurangan dalam kematian, masa pemulihan klinikal dan masa pembersihan virus. Dalam enam RCTs jangkitan sederhana atau teruk, terdapat 75 peratus pengurangan dalam kematian dengan memihak kepada pemulihan klinikal dan pengurangan kemasukan ke hospital.
Ivermectin dikaitkan dengan pengurangan penanda radang dan pembersihan virus yang cepat. Pembersihan virus adalah rawatan dos dan bergantung kepada jangka masa, kebanyakannya jelas dalam lima hari rawatan menggunakan dos 0.4mg/kg. pada dos ini, terdapat kesan ketara ststistik pembersihan virus dalam semua empat ujian secara rawak (Hill. A, Ahmed Abdulamir, Sabeena Ahmed et al Research Square, 19 Januari 2021). Dr. Hill ketika membentangkan data berkata, ‘kemungkinan pengiraan semasa bahawa kesan ivermectin yang diukur terhadap kelangsungan hidup adalah disebabkan kepada peluang 1 dalam 5,000’ (FLCCC, 3 April 2021).
Menjelang 18 Jun 2021, meta-analisis telah dilakukan ke atas 18,931 pesakit dalam 60 kajian klinikal (termasuk 31 (RCTs dengan 5,316 pesakit). Dilaporkan penambahbaikan 76 peratus bagi rawatan awal; 46 peratus dalam rawatan lewat; dan 85 peratus dalam pencegahan pesakit. Berdasarkan hasil 60 ujian ini, ia merumuskan bahawa kemungkinan penilaian ini terhadap prestasi klinikal unggul ivermectin adalah salah dianggarkan 1 dalam 2 trilion (Ivermectin for COVID-19: real-time meta analysis of 60 studies, <https://ivmmeta.com/>)
Kini terdapat banyak kajian mengesahkan keberkesanan ivermectin yang disokong oleh bukti berikut (Kory, P., P. Meduri, AU, J. et al 2021).
- Ivermectin menghalang peniruan Sars-Cov-2 dan mengikat kepada tisu hos melalui beberapa pemerhatian dan mekanisma yang dicadangkan.
- Ivermectin mempunyai nilai anti-radang yang kuat dengan pelbagai mekanisma penghalang.
- Ivermectin melenyapkan beban virus dengan ketara dan melindungi daripada kerosakan organ dalam pelbagai model haiwan.
- Ivermectin mencegah penyebaran dan perkembangan penyakit Covid-19 kepada mereka yang terdedah kepada pesakit yang dijangkiti.
- Ivermectin mempercepatkan pemulihan dan pencegahan kemerosotan bagi pesakit dengan penyakit ringan hingga sederhana yang dirawat awal selepas simptom.
- Ivermectin mempercepatkan pemulihan dan mengelakkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kematian bagi pesakit yang dimasukkan ke hospital.
- WHO telah lama memasukkan ivermectin dalam ‘Senarai Ubatan Penting’.
Banyak negara telah meluluskan penggunaan ivermectin dalam Covid-19 atau secara rasmi memasukkan ke dalam garis panduan rawatan kebangsaan. Ia termasuklah Bulgaria dan Slovakia, India, Mesir, Peru, Zimbabwe, Bolivia, Jepun Mexico, Brazil, Argentina, dan Afrika Selatan. Ia kini penjagaan standard di Mexico City (jumlah penduduk 22 juta), salah sebuah kota raya terbesar dunia.
Sehingga Jun 2021, ivermectin digunakan di 32 negara di seluruh dunia atau pada masa kini digunakan bagi kira-kira 29 peratus penduduk dunia (https://ivmstatus.com/ 12 Jun 2021).
Ia telah diluluskan untuk penggunaan di seluruh negara di 15 negara dan kini terdapat pengumpulan hasil kajian klinikal yang dijalankan bagi setiap negara ini. Mengguna pakai ivermectin bagi pencegahan dan rawatan Covid-19 oleh negara ini dan pihak berkuasa kesihatan mereka berdasarkan bukti yang didapati menunjukkan bahawa ivermectin berkesan dan menjadi kunci dalam mengawal penyakit.
Rantau dunia dengan penggunaan ivermectin yang meluas menunjukkan pengurangan yang banyak dalam bilangan kes, kemasukan ke hospital dan kadar kematian. Besarnya dan pembiakan semula dari kota ke kota, wilayah ke wilayah dan negara ke negara yang tidak dapat disangkal lagi (FLCCC, 10 Mac 2021). Pada hakikatnya, ‘Covid-19 sedang dibasmikan di banyak wilayah dunia yang mengguna pakai penggunaan invermectin secara meluas’ kata Dr. Kory memberikan kenyataan di senat. Data epidemiologi ini amat bersejarah, penyelidikan yang menjadi mercu tanda ini menunjukkan peranan meluas penduduk bahawa ivermectin boleh memainkan peranan dalam membawa kawalan epidemik (FLCCC, 3 April 2021).
Pada Mac, sekumpulan pakar perubatan dan saintifik antarabangsa menggesa supaya menghentikan pandemic Covid-19 dengan segera dengan mengguna pakai dasar yang membenarkan penggunaan ivermectin dalam pencegahan dan rawatan Covid-19. Dalam pertemuan itu, Dr. Tess Lawrie memberi amaran bahawa ‘Bagi kerajaan untuk terus tidak mengambil tindakan ke atas invermectin ialah untuk membiarkan penduduk menderita daripada penyakit yang amat mengerikan ini.
Dr. Kory dan Dr. Marik daripada FLCCC Alliance memberi amaran bahawa ‘tidak mengguna pakai ivermectin secara meluas pada masa kini dalam berhadapan dengan beratus ribu orang yang sakit dan mati mencabul Prinsip 37 Perjanjian Helsinki mengenai Penyelidikan Perubatan yang mengisytiharkan bahawa ‘doktor mungkin menggunakan intervensi belum terbukti jika dalam penilaian doktor ia menawarkan harapan menyelamatkan nyawa, membangunkan semula kesihatan atau meringankan penderitaan’ (FLCCC, 10 Mac 2021).
Gesaan supaya menggunakan ivermectin untuk mencegah dan merawat Covid-19 juga turut disuarakan oleh Dr. Satoshi Omura, yang memenangi Hadiah Nobel pada 2015 bagi penemuan ivermectin. Beliau menyatakan bahawa ivermectin perlu digunakan bagi Covid-19 dengan segera tanpa memerlukan sebarang kelulusan khusus. Menurut Dr. Omura, ivermectin menekan peniruan virus dan radang, sebagai tambahan kepada mengaktifkan sistem imun (Daily Shincho 2021).
Data dan bukti menunjukkan bahawa ivermectin adalah ‘ubat ajaib’ yang berkesan terhadap Covid-19. Dr. Omura dalam kertas kerja yang baharu diterbitkan yang dikarang bersama menyamakannya ‘untuk dibandingkan dengan manfaat dicapai daripada penemuan penisilin – dikatakan salah satu penemuan terbesar abad ke dua puluh’ (Yagisawa et al Mac 2021). Ivermectin berjaya digunakan selama lebih 40 tahun untuk merawat river blindness dan penyakit parasit lain. Salah satu ubat paling selamat yang diketahui, dan dikelola hampir 4 bilion kali di seluruh dunia, ia juga digunakan dengan kejayaan merawat beberapa penyakit manusia lain dan penggunaan baharu terus ditemui (Crump A, Omura S. 2011).
Berdasarkan kepada perkara di atas, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan dan Kerajaan menunjukkan kepimpinan yang berani, penentu dan bijaksana dalam menangani krisis kesihatan ini yang kini ke arah menjadi bencana sosial dan ekonomi.
CAP menggesa pihak berkuasa supaya melaksanakan langkah yang berikut:
- Kementerian Kesihatan dan Kerajaan mestilah mempercepatkan kebenaran penggunaan ivermectin dalam Covid-19 tanpa sebarang penangguhan, baik dalam sistem kesihatan awam dan penjagaan kesihatan swasta.
- Kementerian Kesihatan dan Kerajaan mestilah membenarkan import ivermectin yang berdaya saing dan mencegah ‘kartel ubatan’ untuk mengawal harga ubatan. Hak paten kepada ivermectin tamat pada 1996 dan terdapat pelbagai produk generik yang boleh didapati di pasaran. Oleh itu secara relatifnya ia amat murah.
- Strategi Uji dan Rawat: untuk meningkatkan ujian secara besar-besaran bagi pengesanan awal Covid-19 dan pesakit yang diuji positif akan diberikan kit rawatan mengandungi ivermectin, dan langkah susulan yang sewajarnya. Program kesihatan ini seharusnya termasuk strategi ujian proaktif dengan mengunjungi rumah ke rumah dan memberikan kit perubatan. Kempen ini berjaya dijalankan di Mexico City dan Uttar Pradesh. Hasilnya adalah penurunan yang ketara dalam kemasukan ke hospital dan kematian. Di Uttar Pradesh dengan bilangan penduduk lebih 204 juta, kes Covid jatuh lebih daripada 95 peratus. Sehingga pertengahan Jun, ia mempunyai kira-kira 596 kes baharu Covid-19 dan kematian amat rendah bagi saiz penduduknya.
- Mengedarkan kit rumah Covid-19 bagi setiap ahli keluarga terdiri daripada pek mengandungi dos ivermectin campur bekalan 7 hari zink, vitamin D3, dan vitamin C bagi kegunaan dalam keadaan terdedah kepada atau kontak dengan seseorang yang dijangkiti Covid-19. Pengedaran boleh dilakukan melalui kunjungan ke rumah atau menyampaikan melalui pos untuk mengurangkan risiko seseorang itu dengan Covid-19 menjangkiti orang lain.
- Keutamaan perlu diberikan kepada semua pekerja barisan hadapan, kumpulan berisiko tinggi dan penduduk yang mudah terjejas, pelarian, pendatang, orang tua, orang kurang upaya, penghuni rumah jagaan, pusat asuhan dan sepertinya.
Surat Kepada Pengarang, 30 Jun 2021