BERAPA BANYAK GULA DALAM MAKANAN ANDA?

Gula memang manis namun ia juga boleh membawa kepahitan kepada kehidupan anda sekiranya diambil secara berlebihan. Salah satu langkah untuk mengawal pengambilan gula adalah dengan mengambil tahu jumlah dan kandungan gula, lebih-lebih lagi gula tersembunyi dalam makanan anda.

Jom ambil peduli tentang pengambilan gula setiap hari! Amalkan pemakanan sihat yang seimbang, sederhana dan pelbagai berdasarkan Piramid Makanan Malaysia 2020.

Sumber: Nutritionist KKM