Pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati apabila membeli ubatan secara dalam talian atau melalui pesanan pos memandangkan sesetengah ubatan mungkin menjadi tidak selamat atau tidak berkesan akibat pendedahan kepada suhu melampau atau kelembapan ketika transit daripada peruncit kepada anda. Banyak pil dan kapsul perlu disimpan jauh daripada haba, udara, kelembapan dan cahaya matahari kerana ia boleh rosak atau kehilangan kemampuannya. Jika nyawa bergantung kepada dos yang sepatutnya daripada ubat yang khusus, ini boleh memberikan kesan yang serius.
Variasi suhu dan kelembapan boleh mempercepatkan penuaan ubatan dan menjejaskan kestabilannya. Contohnya, ubat tiroid kekurangan kestabilan yang baik dan boleh menyebabkan perubahan besar dalam tindak balas tubuh dengan hanya perbezaan yang amat kecil dalam jumlah ubatan. Terdapat lebih daripada 70 penarikan balik Pentadbiran Ubatan dan Makanan Amerika Syarikat (USFDA) untuk produk levothyroxine (ubat tiroid) antara 2007 dan 2012 bagi alasan ini.
Antibiotik seperti penisilin dan cephalosporin juga mudah lemah atau diberikan tidak berkesan di bawah keadaan suhu yang tidak sempurna.
Bagi pesakit dengan penyakit kronik seperti diabetes atau penyakit jantung, dos ubatan penting yang rosak seperti insulin atau nitroglycerin, boleh mengancam nyawa. Tetapi ubatan biasa juga boleh rosak dengan potensi kesan berbahaya, dan anda tidak boleh selalu memberitahu dengan melihat pada pil atau cecair bahawa berlaku masalah, kata Janet Engle, ahli farmasi dan bekas Presiden Persatuan Farmasi Amerika (APA).
Ubatan yang rosak boleh menyebabkan kesan sampingan dan berbahaya.
- Antibiotik – jika reput, ia boleh menyebabkan kerosakan perut atau buah pinggang.
- Aspirin – ia rosak walaupun dalam persekitaran kelembapan rendah; boleh menyebabkan gangguan perut (lebih daripada biasa).
- Pil hormone (untuk tiroid, kawalan kelahiran dan sebagainya) – ia mudah terdedah kepada perubahan suhu. Ia sering berasaskan protein, dan apabila protein panas nilai ubatannya berubah.
- Insulin, ubat seizure dan anticoagulants – perubahan kecil dalam dos ubatan ini boleh memberikan kesan besar dalam kesihatan anda.
- Jalur ujian diagnostik (contohnya: untuk paras gula darah, kehamilan atau ovulasi – ia amat sensitif kepada kelembapan. Jika lembapan melekat pada jalur itu, ia akan cairkan cecair ujian dan kemungkinan akan memberikan bacaan yang salah.
Sesetengah ubat, jika dibungkus semula (sama ada untuk dijual dan penggunaan di rumah), dan tidak simpan dengan sebaiknya, melalui perubahan kimia dan boleh menjadi bahaya jika dihadam. The Centre for Adverse Reactions Monitoring di New Zealand melaporkan kes haematuria (darah dalam air kencing) pada pesakit yang membungkus semula dabigatran (pencair darah) kepada kotak pil mingguan. Kapsul dabigatran menyerap lembapan daripada persekitaran jika dikeluarkan daripada bungkusan asal. Ini meningkatkan ketersediaan secara bio, yang akan meningkatkan risiko kesan sampingan.
Dalam persekitaran yang panas, sesetengah ubatan mungkin berubah bentuk dan menjadi sukar untuk digunakan. Kapsul gelatin mungkin lembut, salap dan krim mungkin menjadi berair (contohnya: krim hydrocortisone boleh berpisah dan menjadi tidak berguna dalam kepanasan), dan supositori mungkin cair.
Membeli farmaseutikal secara dalam talian atau melalui farmasi pesanan pos semakin meningkat semasa pandemik mas kini. Amalan protokol yang baik pada bahagian peruncit amat penting untuk memastikan integriti produk ubatan dan keberkesanan rawatan, dan untuk mencegah bahaya yang tidak sewajarnya kepada pengguna.
CAP menggesa pihak farmasi dan peruncit kesihatan mematuhi terhadap saranan ciri-ciri penyimpanan untuk ubatan apabila mengedar ubatan kepada pesakit.
Peruncit juga mempunyai tugas untuk menjaga bagi memastikan bahawa perkhidmatan penghantaran yang terlibat tidak mendedahkan ubatan kepada kepanasan melampau apabila dihantar kepada pengguna.
Penyimpanan ubatan yang tidak sempurna di rumah juga boleh menjejaskan mutu, keberkesanan dan keselamatan ubatan.
Pastikan anda membaca arahan pada label ubatan untuk penyimpanan yang sempurna.
Kenyataan Akhbar/Surat Kepada Pengarang, 1 September 2021