Pelbagai kajian sepanjang beberapa dekad yang lalu telah mengesahkan dakwaan bahawa telefon pintar boleh menyimpan lebih banyak bakteria daripada tempat duduk tandas dan dalam beberapa kes 10 hingga 20 kali lebih banyak.
Penyelidikan daripada organisasi seperti Universiti Arizona dan London School of Hygiene and Tropical Medicine mendapati bahawa permukaan telefon pintar yang hangat dan kerap disentuh, menjadikannya tempat pembiakan yang sesuai bagi bakteria.
Mikrob berbahaya yang terdapat pada telefon termasuklah:
> E. coli, bakteria yang biasa ditemui dalam najis, yang boleh menyebabkan kekejangan perut, muntah dan cirit-birit.
> Staphylococcus aureus, yang boleh menyebabkan jangkitan kulit dan keadaan yang lebih serius jika ia memasuki aliran darah.
Kajian 2017 yang diterbitkan dalam jurnal Germs mendapati bahawa telefon yang digunakan oleh pekerja penjagaan kesihatan mempunyai kadar pencemaran melebihi 90%, menekankan risikonya.
Tempat duduk tandas sering dibersihkan dengan pembasmi kuman, manakala telefon pintar jarang mendapat perhatian kebersihan yang sama dan ini menjelaskan lagi sebab kenapa telefon sering menjadi lebih kotor.
Penemuan ini menimbulkan kebimbangan mengenai telefon sebagai “kuda Trojan” untuk patogen, terutamanya semasa wabak selesema atau penyakit berjangkit lain.
Sumber: Science Pulse


