BIODIVERSITI PERLU DIAJAR DALAM BILIK DARJAH

Terdapat dua krisis alam sekitar sekarang: perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti. Tetapi krisis biodiversiti sebahagian besarnya dipandang rendah. Hari ini, kebanyakan perhatian kita tertumpu kepada perubahan iklim.

Kehilangan biodiversiti adalah isu yang menular dan meluas: bilangan hidupan liar global telah merosot sebanyak 69% dalam tempoh 50 tahun yang lalu dan spesies yang mati pula sebanyak 1,000 kali lebih kerap berbanding sebelum era penguasaan manusia. (E-International Relations) Dengan beribu-ribu spesies menghadapi kepupusan besar-besaran ke-6 Bumi, terdapat sedikit keraguan bahawa kepelbagaian biologi planet ini mengalami kemerosotan dengan pantas.

Kerugian ini boleh memberikan implikasi yang serius kepada manusia kerana ia boleh menjejaskan keupayaan ekosistem untuk: menyediakan air dan makanan; mengawal makhluk perosak dan penyakit; menjadi perantara kepada kemarau dan banjir; mengawal selia iklim; dan banyak lagi.

Kedua-dua krisis ini saling berkaitan dan mestilah ditangani secara bersama. Sudah tiba masanya kita bercakap mengenai biodiversiti, dan ia bermula melalui pendidikan. (UN Biodiversity)

Meningkatkan kesedaran mengenai kehilangan biodiversiti adalah amat penting. Sama pentingnya juga ialah memberikan Inspirasi kepada golongan muda untuk memainkan peranan dalam membina semula biodiversiti. Bagaimanapun, menurut Unesco, hanya 1/5 daripada kurikulum sekolah menyebut biodiversiti.