Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong gesaan Gabungan Malaysia bagi Kawalan Covid Berkesan (MAECC) bagi membenarkan Ivermectin digunakan di bawah Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) bersama dengan program vaksinasi semasa. Kerajaan mestilah memberikan maklum balas positif terhadap gesaan itu kerana ia adalah untuk menyelamatkan nyawa.
Jika diterima pakai, Malaysia akan menjadi antara 32 negara di seluruh dunia yang menggunakan ubat ini dalam program rawatan dan pencegahan Covid-19 yang berjaya. Lebih-lebih lagi, Ivermectin berisiko rendah, dengan kos yang rendah dan ubatan yang sudah mapan serta sedia didapati. Ia telah digunakan selama berdekad walaupun untuk indikasi yang berbeza.
Bekas Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak menunjukkan bahawa pendukung penggunaan Ivermectin berhujah bahawa ia mewakili “alternatif” penting bagi rawatan Covid-19.
Beliau menambah negara “miskin” kebanyakannya ketinggalan dalam pengeluaran vaksin Covid-19 global memandangkan prosesnya didominasi oleh apa yang diistilahkan sebagai vaksin “nasionalisme” dan “apartheid”. Ini menyebabkan jurang berterusan dalam akses vaksin di seluruh dunia.
Kisah kejayaan penggunaan Ivermectin untuk merawat kes Covid-19 amat mengagumkan walaupun pada faktanya bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menyarankan penggunaannya untuk rawatan Covid-19.
Pada April 2020, India mempunyai rekod jangkitan harian tertinggi dunia iaitu 360,960 kes dan sebulan pemberian Ivermectin besar-besaran di kebanyakan bandar dan negeri yang terjejas, kadar jangkitan menurun kepada bawah 7,000 kes harian.
Menurut Michael Capuzzo, Pengarang terlaris New York Times dan wartawan enam kali dicalonkan untuk anugerah Pulitzer, “terdapat beratus ribu, sebenarnya berjuta, penduduk di seluruh dunia, dari Uttar Pradesh di India hingga ke Peru, Brazil, yang hidup dan tidak mati.”
Pada hakikatnya, pada Februari 2021, British Ivermectin Recommendation Development (BIRD), pertemuan antarabangsa pakar perubatan, penyelidik, pakar, dan pesakit menyarankan Ivermectin digunakan dengan segera di seluruh dunia.
Banyak kajian yang didokumentasikan dengan baik menunjukkan penggunaan Ivermectin mengurangkan risiko mendapat Covid-19 sehingga lebih 90 peratus dan kematian sehingga 68 sehingga 91 peratus.
Memandangkan jumlah bilangan kes di Malaysia mencapai 1,027,954 dan juga dengan bilangan kematian tertinggi sehari iaitu 207 pada 26 Julai 2021, kami menggesa kerajaan supaya membenarkan penggunaan Ivermectin sebagai rawatan Covid-19 memandangkan statistiknya semakin meningkat. Pada saat genting pandemik ini, kerajaan seharusnya dengan serius menggunakan Ivermectin bagi rawatan Covid-19 bersama dengan program vaksinasi yang baru berjaya menyediakan 36.13 peratus daripada jumlah penduduk dengan dos pertama dan 16.90 peratus dengan dos kedua.
Berdasarkan kepada kemajuan dalam pemberian vaksinasi yang perlahan kepada penduduk dan kelewatan dalam hasil ujian Ivermectin yang hanya bermula pada Jun 2021, kita tidak boleh menunggu lagi lama apabila berdepan dengan gelombang jangkitan varian yang lebih tinggi. Sistem penjagaan kesihatan kita sudah pun berada di bawah tekanan akibat bilangan kes positif harian.
Selepas lebih setahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), negara kini menderita ekonomi dan ramai orang mengalami masalah kesihatan mental. Dalam tempoh lima bulan pertama 2021 terdapat 468 kes bunuh diri. Situasinya kini semakin merosot jika kerajaan terus menyeretnya dalam menguruskan pandemik dengan lebih berkesan. Pengalaman negara yang menggunakan Ivermectin menangani dengan pandemik Covid-19 memberikan harapan memulihkan kembali keadaan normal di Malaysia.
Kenyataan Akhbar, 27 Julai 2021