CAP Gesa Pantau Harga Makanan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) supaya mengambil tindakan segera dalam mengurangkan harga sayuran dan buahan, memandangkan kajian menunjukkan harganya meningkat dengan mendadak dalam tempoh dua minggu lepas.

Harga ayam meningkat daripada RM9 kepada RM10 sekilogram dan peniaga memaklumkan harga itu akan terus meningkat; sayuran seperti bendi meningkat daripada RM7 kepada RM10; sawi RM4.50 kepada RM6; tomato RM5 kepada RM7; cili padi RM7 kepada RM9; cili merah RM20 kepada RM25; dan lobak merah RM4 kepada RM6.

“Malaysia perlu memenuhi permintaan tempatan terlebih dahulu sehingga musim hujan berakhir daripada mengutamakan mengeksport ikan dan sayuran ke negara lain,” kata Mohideen.

Beliau juga menggesa supaya unit penguatkuasaan KPDNHEP menyiasat kenaikan mendadak dalam harga memandangkan peningkatan dalam harga ini akan membawa kepada kesukaran kepada kumpulan berpendapatan rendah.

Sejak beberapa pasar basah di Pulau Pinang diarahkan ditutup selepas peniaga mereka didapati positif Covid-19, ia telah menyebabkan banyak kesukaran kepada pengguna dalam mendapatkan bekalan mereka. Ini juga mewujudkan peluang bagi peniaga yang tidak bertanggungjawab untuk menaikkan harga barangan.

“CAP berulang kali menggesa supaya FAMA mengawal pemasaran dan pengedaran sayuran pada masa lalu tetapi gesaan kami tidak dipedulikan memandangkan kebimbangan utama kami mengenai kenaikan harga ini akan menjejaskan keperluan kumpulan berpendapatan rendah.

“Jumlah optimum pengambilan makanan berkhasiat akan dikompromikan akibat kenaikan harga,” Mohideen berkata.

Beliau menunjukkan bahawa terdapat rakyat Malaysia yang memakan sedikit buahan, dan ini boleh menyumbang kepada fakta bahawa amat sedikit orang ramai menanam pokok buahan dan buahan tempatan juga amat mahal. Keluarga berpendapatan rendah cenderung untuk mengutamakan perbelanjaan ke atas makanan untuk makanan utama, dengan demikian menyebabkan buahan diketepikan.

 

Kenyataan Akhbar, 8 September 2021