Sejak pencerobohan Israel ke atas Palestin pada 2023, seramai 23,000 orang terkorban. Dalam tempoh yang sama di Malaysia seramai 12,417 orang kehilangan nyawa di jalan raya. Dengan begitu banyak kematian dan kecederaan serius kami menyamakan situasi ini seperti peperangan. Dalam banyak keadaan, seluruh keluarga hilang dan ramai daripada kita sebahagian besarnya masih tidak sensitif, serta tidak mempedulikan penderitaan orang lain. Apakah yang dilakukan oleh agensi dan penggubal dasar? Mereka mengambil mudah perkara ini dengan membenarkan pembunuhan ini terus berlaku.
Pada 2022, bilangan kemalangan jalan raya adalah 545,630 dan tahun lalu ialah 598,635. Bilangan kematian meningkat daripada 6,076 pada 2022 kepada 12,417 pada tahun lalu.
Malaysia baru-baru ini berada dalam radar antarabangsa bagi keselamatan jalan raya selepas kajian oleh FINN menunjukkan negara merekodkan 22.48 kematian di jalan raya bagi setiap 100,000 orang, meletakkannya di tempat ketiga, manakala Thailand menduduki tempat kedua dan Arab Saudi menduduki tempat pertama dalam kemalangan jalan raya dengan 35.94 kematian jalan raya bagi setiap 100,000 orang dalam senarai negara yang anda berkemungkinan besar mati di jalan raya. Dalam senarai negara yang disenaraikan daripada jalan yang paling selamat sehingga paling berbahaya, Malaysia berada di tempat ke-23 daripada 27 negara dalam kajian itu.
Kebanyakkan kenderaan direka tidak selamat dan tiada cara untuk mengetahui sama ada ujian dilakukan itu mencukupi. Kita juga tidak mempunyai sistem penarikan balik bagi kenderaan yang mengalami kecacatan. Malah kereta yang mempunyai kejuruteraan kereta yang tinggi mengalami kecacatan keselamatan dan perlu ditarik balik baru-baru ini berjuta bilangannya di luar negara. Kereta keluaran tenpatan kita juga memerlukan lebih banyak ujian yang lebih ketat.
Kelajuan, tabiat memandu yang buruk, sikap pemandu, jalan raya yang sesak, keadaan jalan yang teruk dan kurangnya penguatkuasaan menyumbang kepada kemalangan di jalan raya.
Mengambil risiko dan tabiat yang buruk tanpa prihatin bagi pengguna jalan raya lain menjadi budaya kita.
Menurut kajian dan rekod polis, jalan berlubang adalah punca tertinggi kematian jalan raya selepas memandu laju dan memotong secara berbahaya. Ia lebih berbahaya dalam keadaan cuaca hujan dan pada waktu malam apabila ia tidak kelihatan dengan jelas. 40% daripada kematian yang dilaporkan berlaku di jalan persekutuan dan lebih daripada 25% di jalan raya negeri.
Pihak berkuasa perlu melaksanakan 9 strategi yang dicadangkan oleh Program Penilaian Jalan Raya Antarabangsa (iRAP) yang akan menyediakan persekitaran jalan yang selamat. Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun banyak nyawa dapat diselamatkan.
Banyak jalan di bandar kita digali oleh syarikat utiliti berulang kali, merosakkan asas jalan dan tidak pernah dipulihkan kepada keadaan asal. Kenderaan berat melakukan bahagian mereka untuk menyebabkan kerosakan selanjutnya. Mereka yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlu menanganinya dengan serius.
Walaupun keselamatan jalan raya adalah urusan semua orang, kerajaan perlu memimpin dalam menggerakkan negara kita keluar daripada masalah ini. Jelas sekali pihak berkuasa mengambil masa yang terlalu lama untuk mengkaji, merancang dan melaksanakan langkah-langkah yang perlu.
CAP menggesa penggubal dasar dan agensi yang berkaitan untuk mengutamakan dan memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan jalan raya dan menggalakkan pengangkutan awam bagi mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat negara ini.
Mohideen Abdul Kader
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Kenyataan Akhbar, 5 Januari 2024