CARA PASTIKAN MAKANAN SELAMAT

Anda boleh jatuh sakit daripada makanan atau minuman yang diambil jika ia tidak bersih. Bakteria, virus dan parasit dalam makanan boleh menyebabkan keracunan makanan. Mengamalkan kebersihan makanan dan memastikan keselamatan makanan membantu mencegah kuman daripada membiak dalam makanan dan mencapai paras bahaya.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat menasihatkan supaya mengambil 4 langkah berikut untuk memastikan keselamatan makanan.

  1. BERSIHKAN tangan anda. Cuci tangan dan permukaan dengan kerap. Kuman yang menyebabkan keracunan makanan boleh hidup dalam banyak tempat dan merebak sekitar dapur.
  • Cuci tangan selama 20 saat dengan air dan sabun sebelum, semasa, dan selepas menyediakan makanan dan ketika makan.
  • Cuci perkakas, papan pemotong, meja kerja dengan air panas dan air sabun.
  • Bilas sayuran dan buahan segar di bawah air mengalir.
  1. ASINGKAN daging daripada sayuran, bagi memastikan tidak berlaku pencemaran. Daging mentah, ayam, itik, makanan laut, dan telur boleh menyebarkan kuman kepada makanan yang sedia dimakan melainkan anda menyimpannya secara berasingan.
  • Gunakan papan pemotong berasingan dan pinggan bagi daging mentah, ayam, itik, dan makanan laut.
  • Apabila membeli-belah barangan runcit, pastikan daging mentah, ayam, itik, makanan laut dan cecairnya jauh daripada makanan lain.
  • Simpan daging mentah, ayam, itik, makanan laut dan telur berasingan daripada semua makanan lain dalam peti sejuk.
  1. MASAK pada suhu yag betul. Makanan masak dengan selamat apabila suhu dalaman cukup tinggi untuk membunuh kuman yang menyebabkan anda sakit. Hanya satu-satunya cara untuk memberitahu jika makanan itu masak dengan selamat ialah dengan menggunakan meter suhu makanan. Anda tidak boleh memberitahu jika makanan itu masak dengan selamat dengan memeriksa warna dan tekstur.

Gunakan meter suhu makanan untuk memastikan makanan masak pada suhu dalaman yang selamat.

  • 145ºF bagi seluruh daging lembu yang dipotong, babi, daging anak lembu, kambing (kemudian biarkan daging berehat selama 3 minit sebelum memakannya)
  • 160ºF bagi daging kisar, seperti daging lembu dan babi
  • 165ºF bagi semua ayam, itik, termasuk daging ayan yang dikisar
  • 165ºF bagi lebihan makanan dan kaserol
  • 145ºF bagi daging babi segar (mentah)
  • 145ºF bagi sirip ikan atau masak sehingga sehingga isinya gelap
  1. SEJUKKAN: Sejukkan makanan dengan sempurna untuk mengelakkan keracunan makanan. Bakteria boleh membiak dengan cepat jika dibiarkan pada suhu bilik atau “Zon Bahaya” antara 40ºF dan 140ºF. Jangan biarkan makanan mudah rosak di luar lebih daripada 2 jam (atau 1 jam jika ia panas lebih daripada 90ºF di luar).
  • Pastikan peti sejuk anda pada suhu 40ºF atau ke bawah dan tahu bila untuk membuang makanan.
  • Sejukkan makanan mudah rosak dalam masa 2 jam. (Jika suhu di luar ialah 90ºF, sejukkannya dalam masa 1 jam.)
  • Cairkan makanan beku dengan selamat dalam peti sejuk atau dalam air sejuk. Jangan cairkan makanan di atas meja kerja, kerana bakteria membiak dengan cepat pada bahagian makanan yang mencapai suhu bilik.