No products in the cart.

Kategori: Development BM

JANGAN MENERUSKAN PEMBANGUNAN DI PULAU JEREJAK

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk tidak meneruskan dengan rancangan projek pembangunan bercampur di Pulau Jerejak, tetapi sebaliknya memelihara pulau ini dan mewartakannya sebagai Taman Negeri. CAP sangat kecewa apabila difahamkan daripada laporan akhbar bahawa kebenaran merancang untuk pembangunan...
Baca Lagi

SAM GESA KERAJAAN KELANTAN HORMATI HAK TANAH ADAT ORANG ASLI

           Sahabat Alam Malaysia (SAM) kesal kerana Pihak Berkuasa Negeri Kelantan masih  meluluskan aktiviti pembalakan, projek ladang monokultur, tukar-guna tanah kepada pertanian dan perlombongan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri Kelantan tanpa menghormati hak tanah adat masyarakat Orang Asli. Tukar-guna tanah dalam HSK bukan hanya memusnahkan litupan hutan asal (hutan asli)...
Baca Lagi

MASALAH ANCAMAN PADI ANGIN DI MADA

CAP Gesa Kaedah Tabur Terus Dan Penggunaan Teknologi Moden Dikaji Semula Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjalankan kajian secara menyeluruh punca-punca berlakunya ancaman padi angin di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ketika ini. Baru-baru ini akhbar tempatan melaporkan bahawa seluas 15,000 hektar sawah di Perlis dan...
Baca Lagi

CAP Gesa Kerajaan Jangan Tandatangan Perjanjian TPP yang Disemak Semula

Menurut laporan berita, 11 negara yang bersetuju kepada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tanpa Amerika Syarikat, kini telah memuktamadkan rundingan untuk menandatangani perjanjian yang hampir sama dengan TPPA. Malaysia merupakan salah sebuah negara itu. Namun demikian, rakyat Malaysia masih tidak mengetahui mengenai rundingan dan perjanjian terbaharu ini. Menurut laporan berita,...
Baca Lagi

KES BANKRAP JEJASKAN NEGARA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat bimbang mengenai bilangan rakyat Malaysia yang terdorong ke arah bankrap atau berada diambangnya. Lebih daripada suku juta – 294,000 rakyat Malaysia terlibat dalam kes bankrap. Sebahagian besarnya disumbang oleh kegagalan untuk menyelesaikan pinjaman sewa beli, pinjaman kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan penjamin sosial (akibat...
Baca Lagi

BERJIMAT CERMAT DALAM BERBELANJA UNTUK PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin bukan hanya mengenai peningkatan mendadak dalam harga pelbagai barangan keperluan sekolah tetapi juga bagaimana ibu bapa cenderung untuk memanjakan anak-anak mereka dengan membeli pakaian seragam baharu dan keperluan sekolah lain apabila sekolah dibuka semula. Ibu bapa perlu berjimat cermat dengan perbelanjaan mereka ke atas keperluan sekolah,...
Baca Lagi

LANGKAH KE HADAPAN BAGI MAVCOM YANG TELAH LAMA DINANTIKAN

Tahniah kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) kerana berjaya mengemukakan rangka kerja Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang yang akan dilaksanakan menjelang suku ketiga 2018, selesai pada akhir 2019. Amat tepat pada masanya bagi pelaksanaan empat kategori kualiti perkhidmatan yang terdiri daripada i) kemudahan dan keselesaan penumpang; ii) kemudahan kakitangan dan pengendali; iii)...
Baca Lagi

Hentikan Segera Eksport Pasir : Pemeliharaan Alam Semulajadi Malaysia Juga Penting

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat terkejut membaca berita terbaharu Free Malaysia Today (FMT) bertarikh 29 Oktober yang melaporkan ketibaan konsainmen pertama pasir Malaysia di Pelabuhan Thoothukudi di negeri Tamil Nadu, India. Eksport pasir itu diteruskan walaupun terdapat bantahan dan kritikan daripada beberapa NGO di Malaysia, apabila isu itu didedahkan kepada orang ramai beberapa bulan...
Baca Lagi

Undang-undang Tanda Harga Mestilah Dikuatkuasakan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973, Seksyen 8(1) yang memerlukan peniaga mempamerkan tanda harga bagi barangan untuk dijual. Tinjauan berulang kali kami di sekitar Pulau Pinang menunjukkan kebanyakan peniaga secara terbuka melanggar Akta Kawalan Harga. Hasil tinjauan...
Baca Lagi

Perlu Ketelusan Bagi Cadangan ‘Medical City’

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang semakin banyak tanah awam dipindahkan kepada pihak swasta tanpa ketelusan dan pengetahuan awam. Dalam kes terbaharu di Pulau Pinang, kami difahamkan bahawa tanah kerajaan Negeri seluas 6.4 hektar milik Ketua Menteri Diperbadankan di Peel Avenue dijual dengan harga RM156 juta dengan pajakan selama 99 tahun untuk pembinaan projek ‘Medical City’...
Baca Lagi