No products in the cart.

Kategori: Development BM

Pelancaran Laman Sesawang

Kami merasa teruja untuk mengumumkan bahawa laman sesawang baharu dan diperbaharui dan platform media sosial akan dilancarkan secara langsung esok, 10 Disember 2020, pada jam 11 pagi. Pelancaran ini juga sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia. Diharapkan anda boleh menyertai kami melalui FB Live dan Instagram Live pada pautan kami di bawah, jumpa anda esok!
Baca Lagi

CAP Ingatkan MB Kedah Perlombongan Nadir Bumi Dedah Risiko Toksik

  Kami merujuk kepada pengumuman oleh Menteri Besar Kedah minggu lepas bahawa Kerajaan Negeri bercadang untuk melombong unsur nadir bumi (REE) yang bernilai RM62 bilion. Unsur nadir bumi diekstrak daripada bijih dan mineral memandangkan ia tidak kerap dijumpai dalam kepekatan deposit yang boleh dilombong. Unsur nadir bumi ini sering ditemui selaras dengan radioaktiviti yang signifikan...
Baca Lagi

PENJELASAN KELAS PEKERJA yang BAIK

Anda mungkin memakai pakaian yang paling mahal, cantik dan bersih, tetapi adakah tangan anda bersih? Tangan anda mungkin tercemar dengan rasuah, eksploitasi dan membelakangkan kemanusiaan? Kelas pekerja melakukan semua kerja kotor dan kebanyakan kerja berbahaya dan kasar. Mereka miskin, tertindas dan menderita hidup dalam keadaan yang teruk. Mereka memakai pakaian yang kotor dan koyak-rabak –...
Baca Lagi

APA ITU BIASA?

Apa yang kita anggap sebagai “biasa” ialah penerimaan banyak sistem pengeluaran makanan, pertanian, ekonomi, perindustrian yang tidak berfungsi dan sains yang membawa kepada kesihatan kita yang buruk, ketidaksamaan, ketidakadilan, dominasi dan kemusnahan bumi ini. kita menerimanya kerana ia adalah norma dan hanya dunia ini yang kita tahu. Ia seperti ahli biologi yang hanya melihat tisu...
Baca Lagi

TERASING dan MEMBELAKANGKAN KEMANUSIAAN dalam Masyarakat

“...Izinkan saya menjelaskan apa yang saya maksudkan dengan terasing. Ia adalah teriakan lelaki yang merasakan diri mereka mangsa kuasa ekonomi buta melangkaui kawalan mereka. Ia adalah kekecewaan orang biasa yang disisihkan daripada proses membuat keputusan. Perasaan putus asa dan tidak berdaya yang menyelubungi manusia yang merasakan dengan justifikasi bahawa mereka tidak mempunyai suara...
Baca Lagi

Kehidupan Moden

“Jika saya diminta untuk meringkaskan seluruh abad ini dalam satu gambaran akal, saya akan memilih pemandangan biasa setiap hari: seorang lelaki di dalam kereta, memandu sepanjang lebuh raya ke destinasi yang tidak diketahui. Hampir setiap aspek kehidupan moden ada baik dan buruk – kepantasan, drama dan agresif, dunia pengiklanan dan barangan pengguna, kejuruteraan dan pengeluaran...
Baca Lagi

Gangguan Air Selangor – Perlu Mencari Punca Krisis

Kekecewaan dan kemarahan penduduk Selangor amat difahami memandangkan satu lagi kejadian terputusnya bekalan air yang menjejaskan kehidupan berjuta orang. Penutupan bekalan air kelmarin disumbang oleh pembuangan haram sisa buangan ke dalam lurang Indah Water Konsortium (IWK) yang mencemarkan Sungai Selangor. Jelas bahawa pihak berkuasa tidak mampu untuk mencari punca sebenar kepada masalah –...
Baca Lagi

Apakah Kesan Persaingan?

“Pada setiap peperiksaan suku tahun, pingat emas diberikan kepada penulis terbaik. Apabila pingat pertama ditawarkan, ia menghasilkan pertengkaran umum daripada persaingan dan menyebarkan semangat iri hati, cemburu dan perselisihan di seluruh sekolah; pelajar lelaki yang sebelum ini sahabat karib menjadi saingan sengit dan apabila hadiah telah diputuskan ia menjadi musuh yang sukar untuk...
Baca Lagi

Bahaya Jika Bermalas-malasan

Kurang bergerak atau gemar duduk-duduk sahaja lama kelamaan akan menaikkan berat badan. Amalan berkereta untuk ke mana-mana membantu kita KURANG BERGERAK SECARA FIZIKAL. Graf di bawah jelas menunjukkan negara yang menggunakan lebih banyak petrol mempunyai penduduk yang lebih gemuk. Tidak aktif secara fizikal dan bertubuh gemuk meningkatkan risiko diserang penyakit jantung, strok, kanser, diabetes...
Baca Lagi

Tindakan Paling Penting

Tindakan yang terkecil sekalipun mempunyai kuasa jauh lebih hebat daripada pemikiran yang paling mendalam. Penuhi hari anda dengan tindakan dan kehidupan anda akan dipenuhi kekayaan dan kehidupan orang lain lebih bahagia. VINCENT Van Gogh bukanlah seniman sepanjang masa. Malah beliau ingin menjadi paderi dan pernah dihantar ke kawasan komuniti pelombong di Borinage, Belgium pada 1879. Di situ,...
Baca Lagi