No products in the cart.

Kategori: Environment BM

Sokongan terhadap gesaan Majlis Peguam Malaysia agar kerajaan melindungi tanah hak adat Orang Asli

SAM ingin menyatakan sokongan kami terhadap kenyataan Majlis Peguam Malaysia bertarikh Februari 26, agar kerajaan persekutuan dan negeri mengambil kesemua tindakan yang perlu untuk melindungi hak tanah adat Orang Asli. Kenyataan ini menunjukkan betapa perlunya para pembuat dasar kita untuk melihat undang-undang secara menyeluruh. Undang-undang itu bukan hanya meliputi undang-undang tergubal, ia...
Baca Lagi

Enakmen Negeri Taman Negeri dan Kebun Bunga Pulau Pinang Perlu Dikaji Semula

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), dalam mengalu-alukan langkah untuk mewujudkan satu badan berkanun untuk menguruskan Taman Negeri termasuk Kebun Bunga Pulau Pinang, tetapi kecewa kerana tiada rundingan awam berhubung peruntukan yang terkandung dalam undang-undang penubuhan Perbadanan itu. Undang-undang itu dikemukakan dan diterima oleh Dewan Undangan Negeri tanpa perbincangan yang...
Baca Lagi

Kepimpinan komuniti dan bukan korporat untuk menangani perubahan iklim

Pada Oktober 13 dan 14, para anggota Friends of the Earth International (FOEI) di seluruh dunia merentasi enam buah benua akan melakukan pelbagai aksi untuk memperingatkan kita semua tentang keadaan kecemasan sedunia yang telah timbul akibat dari perubahan iklim serta menentang penggunaan tenaga yang mencemarkan serta pelbagai penyelesaian yang palsu di dalam menangani krisis perubahan iklim....
Baca Lagi

NELAYAN PANTAI MENJADI MANGSA PROJEK TAMBAK LAUT DI P.PINANG

Sahabat Alam Malaysia (SAM) kesal serta bimbang berhubung ancaman berterusan ke atas kehidupan lebih 4,000 nelayan pantai Pulau Pinang berikutan projek tambak laut yang sedang dan akan dilaksanakan di negeri ini. Walau pun banyak bantahan telah dibuat oleh nelayan-nelayan pantai yang terlibat dan SAM sebelum ini namun hingga sekarang belum menampakkan jaminan kukuh dari kerajaan Pulau Pinang...
Baca Lagi

Bimbang Alam Sekitar Tercemar, Kehidupan Penduduk Terjejas

SAM GESA PEMBINAAN KILANG KELAPA SAWIT DI SUNGAI RANGGAM DI KAJI SEMULA Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Perak dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengkaji semula rancangan pembinaan kilang kelapa sawit di Sungai Renggam Pasir Salak di sini yang mencetuskan bantahan di kalangan penduduk tempatan baru-baru ini, Mereka bimbang jika kilang tersebut dibina di kawasan berkenaan ia boleh...
Baca Lagi

CAP GESA MASALAH PETANI PADANG TERAP DITANGANI SEGERA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membina sistem saliran yang sempurna di kawasan sawah seluas 500 hektar di Mukim Padang Terap dekat Kuala Nerang di sini. Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Lubuk Labi, Kampung Tanjung, Kampung Padang Gelanggang, Kampong Pok dan Kampung Tanah Merah. Tindakan segera perlu...
Baca Lagi

Hentikan Pembinaan Lebih Banyak Empangan di Sarawak

SAM amat gusar dengan cadangan untuk meneruskan pembinaan empangan Trusan di Lawas, Sarawak, seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak pada Julai 21. Empangan yang dicadang mempunyai kapasiti penjanaan 275 MW. Ia merupakan salah satu daripada 12 projek hidroelektrik di Sarawak, yang termasuk empangan Murum, Baram dan Baleh. Empangan Murum telah disiapkan. Pembinaan empangan Baleh dengan...
Baca Lagi

Kelulusan Kuari di Hutan Simpan Segari Melintang: Pihak Berkuasa Negeri Perak Tidak Mematuhi Ketetapan Majlis Tanah Negara

Kenyataan Pengarah Perhutanan Negeri Perak, Datuk Mohamed Zin Yusof bahawa kawasan pembalakan di sebahagian Kompartmen 13, 14, 15 dan 16, Hutan Simpan Segari Melintang (HS Segari Melintang), Daerah Manjung, Perak dilulus untuk dijadikan kuari telah mengesahkan dakwaan Sahabat Alam Malaysia (SAM) sebelum ini. Kelulusan kegiatan kuari dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) adalah bercanggah dan tidak...
Baca Lagi

NELAYAN SUNGAI KERIAN, DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN BERDEPAN KRISIS KEMEROSOTAN HASIL TANGKAPAN UDANG GALAH

Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak berkuasa berkenaan perlu memandang serius serta mengambil inisiatif bagi mengatasi pelbagai masalah yang mengancam sumber pendapatan nelayan sungai di perairan Sungai Kerian, Daerah Seberang Perai Selatan ketika ini. Masalah yang berlaku sejak beberapa tahun lalu itu telah menyebabkan nelayan-nelayan terbabit menghadapi...
Baca Lagi

Adakah Malaysia Menjadi Tempat Pembuangan Sisa Plastik Tercemar?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut mendapati bahawa beratus kontena berisi dengan sisa plastik dan sekerap tayar dihantar dan ditinggalkan terbiar di Pelabuhan Klang. Walaupun langkah yang ketat dikenakan, dilaporkan bahawa ketika kemuncak masalah itu, pelabuhan itu mempunyai hampir 800 kontena sisa seperti itu dan pihak pelabuhan terpaksa membersihkannya dalam tempoh beberapa tahun...
Baca Lagi