No products in the cart.

Kategori: Environment BM

Kampung di sekitar Marudi menghadapi masalah kekurangan bekalan air bersih yang teruk

Tatkala negara kita sedang berada di titik perubahan politik yang bersejarah ini, Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin menarik perhatian semua pihak tentang penderitaan masyarakat Orang Asal kita yang telah lama dinafikan hak mereka ke atas pelbagai kemudahan asas. Di Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia, sebahagian besar populasi masyarakat Orang Asal kita masih lagi tidak berupaya untuk...
Baca Lagi

CAP & SAM mengalu-alukan cadangan pengharaman penyedut minuman plastik dan barangan plastik sekali guna di Pulau Pinang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) gembira kerana Pulau Pinang akan melancarkan pengharaman penyedut minuman (straw) plastik dan bekas makanan dan minuman plastik sekali guna selepas Ketua Menteri Chow Kon Yeow memberi pihak berkuasa tempatan kuasa penuh untuk melaksanakan dasar sedemikian untuk memelihara alam sekitar. Cadangan oleh kerajaan Pulau Pinang dan...
Baca Lagi

Hari Lautan Sedunia 2018: SAM Gesa Haramkan Plastik Guna Sekali untuk Mencegah Pencemaran

Pencemaran plastik telah menjadi masalah serius yang menjejaskan alam sekitar marin. Fokus tindakan utama Hari Lautan Sedunia tahun ini, yang disambut setiap tahun pada 8 Jun, ialah untuk mencegah pencemaran plastik dan menggalakkan penyelesaian bagi lautan yang lebih sihat. Oleh itu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa penghapusan plastik guna sekali sebagai langkah pertama untuk membanteras...
Baca Lagi

Awasi Spesies Ikan Asing dalam Alam Sekitar

Spesies ikan asing diketahui telah memasuki kawasan perairan negara seperti di dalam tasik, sungai dan empangan. Namun kehadiran ikan-ikan yang jarang ditemui itu tidak pula diberi perhatian sewajarnya. Spesies ikan-ikan seperti piranha, ikan keli Afrika, pirarucu (Arapama gigas), peacock bass dan tilapia, ditemui dengan banyaknnya dalam kawasan perairan kita, malah sesetengahnya dibela dalam...
Baca Lagi

Hari Alam Sekitar Sedunia 2018: CAP Gesa Haramkan Plastik Guna Sekali

Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa supaya diharamkan plastik guna sekali. Tema bagi Hari Alam Sekitar Sedunia 2018 ialah “Banteras Pencemaran Plastik” adalah gesaan tindakan yang lebih kukuh untuk bersama-sama membasmi salah satu cabaran alam sekitar yang besar ini. Beg plastik menyebabkan banyak isu alam sekitar dan ekologi yang utama dan kecil....
Baca Lagi

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Perlu Teliti Semula Projek Mega

Kerajaan Persekutuan mengumumkan akan menyemak semula projek yang mahal selaras dengan beban hutang yang tinggi dan keperluan untuk memperbaiki situasi kewangan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengucapkan tahniah kepada kerajaan terhadap langkah ini. Setakat ini Projek Keretapi Laju Singapura-Kuala Lumpur dan Projek MRT3 Lembah Klang telah dibatalkan manakala Projek Keretapi Pantai Timur...
Baca Lagi

Gesaan Mewartakan Segera Ulu Muda Sebagai Hutan Tadahan Air

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Kedah yang baharu dilantik untuk mewartakan dengan segera Hutan Simpan Ulu Muda (HSUM) sebagai hutan tadahan air dan melindunginya sebab fungsi penting hutan ini kepada masyarakat dan alam sekitar. Kami juga menggesa Kerajaan Negeri supaya mengkaji semula dan membatalkan sebarang lesen pembalakan yang...
Baca Lagi

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR DI NEGERI PERAK MENGECEWAKAN

Sahabat Alam Malaysia (SAM) kecewa terhadap Pihak Berkuasa kerana masih tidak bersungguh-sungguh memulihara kesejahteraan alam sekitar di negeri Perak. Sejak beberapa tahun kebelakangan, SAM mendapati kerap timbul isu dan konflik alam sekitar di negeri Perak. Isu dan konflik alam sekitar yang dikenal pasti tersebut bercanggah dengan komitmen yang dizahirkan oleh pihak berkuasa untuk melestari dan...
Baca Lagi

Pergerakan Global Tuntut Hapuskan Plastik Guna Buang, Guna Sekali

Hari Bumi 2018 Gesaan Terhadap Pihak Kerajaan dan Korporat Agar Bebas Daripada Plastik Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Bumi pada tahun ini, #breakfreefromplastic, pergerakan global yang disokong oleh lebih daripada 1,100 pertubuhan, termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM), menggesa kerajaan di seluruh dunia  supaya mengehadkan atau menghapuskan...
Baca Lagi

Ucapan oleh Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Encik S. M. Mohamed Idris pada Pelancaran Buku CAP “Bergerak Ke Arah Sisa Sifar: Tindakan Komuniti di Pulau Pinang”

Terlebih dahulu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato’ Sr Haji Rozali bin Haji Mohamud, di atas kerjasama untuk melancarkan bersama-sama kami buku CAP bertajuk “Bergerak Ke Arah Sisa Sifar: Tindakan Komuniti di Pulau Pinang”. Buku ini menonjolkan penyelesaian berasaskan komuniti terhadap...
Baca Lagi