Selain daripada kalsium, Vitamin D juga merupakan nutrien yang penting untuk kesihatan tulang. Bagi pengamal diet vegetarian, individu ini digalakkan untuk mendapatkan pendedahan cahaya matahari lebih lama berbanding individu yang ada mengambil sumber haiwan. Cahaya matahari sangat penting dalam proses sintesis Vitamin D di bawah kulit kita.
Dalam sumber makanan pula, Vitamin D juga boleh didapati dalam susu, keju, kentang dan juga cendawan. Selain Vitamin D, cendawan juga turut mengandungi mineral seperti kalium dan fosforus.
~ Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Melaka
(Sumber: Nutritionist KKM)