Cubaan Terdesak Orang Utan untuk Melindungi Kediamannya

Gambar: BBC/IAR

Pada 2013, jauh di dalam hutan hujan Borneo, pasukan penyelamat hidupan liar merakam sesuatu kejadian yang sangat mengejutkan dunia.

Seekor orang utan melihat pokoknya tumbang di bawah sekop jengkaut. Tanpa ke mana-mana lagi, ia melakukan satu-satunya perkara yang mampu dilakukan di mana ia berjalan terus ke arah mesin dan meraih sekop dengan tangan kosong.

Ia bukan ancaman. Ia bukan serangan. Ia adalah haiwan yang kehabisan pilihan.

Pasukan Penyelamat Haiwan Antarabangsa (IAR) berada di sana pada hari itu. Mereka membius orang utan, membawanya ke tempat yang selamat, dan membawanya ke pusat pemulihan mereka di Ketapang, Borneo Barat. Orang utan itu terselamat. Hutan tidak.

Rakaman itu tidak dikeluarkan selama 5 tahun. Apabila IAR akhirnya menyiarkannya pada Hari Alam Sekitar Sedunia pada 2018, ia menjadi tular dalam internet dan ia kemudian menjadi salah satu adegan paling menghantui dalam dokumentari David Attenborough mengenai perubahan iklim.

Inilah yang menjadikannya lebih sukar untuk duduk bersama: orang utan itu adalah salah seekor daripada lebih 30 ekor yang diselamatkan daripada hutan tunggal itu di sebuah tempat bernama Sungai Putri, yang secara terjemahannya ialah “River of the Princess”.

Walaupun kerajaan berjanji untuk melindunginya, pembalakan haram diteruskan di bawah keadaan yang sukar dikesan. Lori akan muncul sebelum subuh untuk mengangkut kayu ke kilang papan.

Gamabr menyayat hati orang utan yang mencabar jengkaut itu menjadi simbol global perjuangan menentang penebangan hutan.

Walaupun gambar itu menarik perhatian seluruh dunia, ahli pemuliharaan berkata ia juga mencerminkan krisis yang lebih besar, dengan orang utan antara spesies yang paling terancam oleh kehilangan habitat dan kemusnahan hutan.

Sejak 1999, Borneo telah kehilangan lebih 100,000 orang utan. Ia bukan disebabkan oleh semulajadi tetapi kepada gergaji rantai, jengkaut, pembangunan.

Sumber: Some Amazing Facts; Sociaty