Merasa tertekan oleh kesakitan, tidak berharga, atau kesunyian? Anda tidak bersendirian. Ini adalah tanda-tanda tekanan emosi yang teruk, dan bantuan tersedia. Bercakaplah dengan seseorang yang anda percayai, pekerja kesihatan atau talian bantuan krisis. (WHO)
Kita semua boleh membantu seseorang yang terfikir untuk membunuh diri. Kekuatan bukan dalam memikul beban seorang diri, tetapi dalam memikul beban bersama. Bagi diri sendiri dan untuk orang tersayang. Jika anda bimbang bahawa seseorang yang anda kenali berfikir mengenai bunuh diri atau merancang untuk cuba membunuh diri, kongsikan kasih sayang.
- Beritahu rakan anda bahawa anda mengambil berat terhadap mereka dan anda ingin membantu mereka.
- Berterus terang dan terbuka mengenai bunuh diri.
- Dengar dan terima perasaan mereka.
- Jangan betulkan atau menilai pemikiran dan perasaan mereka.
- Jangan berjanji untuk tidak memberitahu sesiapa. Ini menghalang anda dan orang yang anda sayangi daripada mendapatkan sokongan.
Perasaan untuk membunuh diri adalah akibat daripada mengalami kesakitan yang melampau, dan tidak mempunyai sumber untuk mengatasinya. Jika anda berasa ingin membunuh diri, dapatkan bantuan dan sokongan.
- Anda boleh menghubungi Befrienders Malaysia di +603-795 68145. Talian telefon mereka dikendalikan 24/7 oleh sukarelawan terlatih yang bersedia mendengar cerita anda dan menyokong anda dalam detik-detik gelap anda.
- Anda juga boleh menghubungi talian hotline kesihatan mental khusus Talian HEAL 15555 untuk bercakap dengan kaunselor pada bila-bila masa dari 8 pagi hingga 12 tengah malam.
Sumber: Relate Mental Health Malaysia
(Ilustrasi: WHO)







