Menurut Schumpeter, “badai kehancuran kreatif” menjelaskan “proses mutasi perindustrian yang berterusan merevolusikan struktur ekonomi dari dalam, tanpa henti memusnah yang lama, tanpa henti mencipta yang baharu”.
Ini termasuklah kemusnahan budaya dan warisan tempatan, pengetahuan orang asli tempatan dan mempromosikan idea kemajuan, pemodenan dan kepenggunaan… di mana tradisi dihancurkan dan digantikan dengan pemodenan yang amat sedikit atau tiada konteks tempatan.
Dan semuanya menjadi seragam termasuk keperluan kita, kota raya, lebuh raya, pusat membeli-belah dan gaya hidup. Sebab itulah kenapa kota raya moden membosankan, dengan kesamaan yang dilihat di seluruh dunia.
Semuanya diratakan dan dimulakan sekali lagi termasuk hutan dan alam sekitar. Semuanya menjadi mungkin dan manusia menjadi makhluk utama yang digelar “penguasa” alam semesta. Tiada yang takut.
Dan semua had boleh dipecahkan. Atau boleh? Terdapat begitu banyak perkara yang melangkaui kepintaran atau pandangan jauh. Kita mesti mula hidup dengan kebijaksanaan dan melihat diri sendiri sebagai sebahagian kecil daripada alam semula jadi ini.