Ibu bapa dinasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila membiarkan anak-anak mereka bermain dengan model mainan tanah liat atau doh mainan kerana ia mungkin mengandungi bahan-bahan yang tidak diingini yang boleh mendedahkan risiko terhadap kesihatan.
Di Filipina, amaran telah dikeluarkan oleh kumpulan pemerhati toksik BAN Toxics, mengenai satu produk yang dijual, 8D Super Light Modelling Clay Toy, yang melanggar keperluan pelabelan dan mungkin tidak menjalani dan melepasi piawaian kesihatan dan keselamatan di negara itu.
“Potensi bahaya mungkin datang daripada ramuan yang tidak dibenarkan yang menjadi sebahagian daripada produk mainan dan produk penjagaan kanak-kanak. Penggunaan produk mainan dan barang penjagaan kanak-kanak yang bermutu rendah dan berkemungkinan tercemar boleh mengakibatkan risiko kesihatan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, gangguan endokrin dan kesan terhadap pembiakan atau perkembangan; atau boleh mengakibatkan kecederaan, tercekik atau lemas kerana bahagiannya yang kecil atau pecah,” kata kumpulan itu yang memberi amaran dalam berita baru-baru ini.
Undang-undang Filipina memerlukan pelabelan khas mainan dan permainan untuk melindungi kanak-kanak daripada potensi bahaya kepada kesihatan dan keselamatan mereka. Tetapi produk yang tidak berdaftar masih lagi menembusi pasaran.