EcoWaste Coalition Dedah Penggunaan Tanpa Henti Laman Sesawang Membeli-belah Dalam Talian untuk Menjual Produk Pemutih Kulit Yang Mengandungi Merkuri

Terdapat jualan berterusan produk pemutih kulit yang mengandungi merkuri di pelantar dalam talian. Pengguna dinasihatkan untuk menjauhi produk ini.

Dalam satu kenyataan, Ecowaste Coalition di Filipina memberi amaran bahawa tinjauannya mendapati produk yang telah dihadkan bagi jualan, atau diharamkan di dalam negara kerana tiada kebenaran bagi dipasarkan, termasuk kerana ia mengandungi merkuri melebihi had keselamatan 1 bahagian per sejuta, yang dijual secara terang-terangan dalam talian.

Pemantauan terbaharu kumpulan itu terhadap Lazada dan Shopee mendapati berpuluh-puluh penyenaraian produk untuk kosmetik yang diharamkan dari Pakistan seperti 3 varian Goree Beauty Cream (Goree Beauty Cream with Lycopene, Goree Day & Night Beauty Cream, dan Goree Gold 24K Gold Beauty Cream), Golden Pearl Beauty Cream dan Parley Goldie Advance Beauty Cream. Amaran kesihatan awam telah dikeluarkan pada produk itu dari 2017 hingga 2023.

Kosmetik dari Thailand termasuk 88 Total White Underarm Cream, Snow White Armpit Whitening Underarm Cream, dan 4K Plus Whitening Night Cream yang diharamkan oleh pihak berkuasa kesihatan Filipina dari 2021 hingga 2023, juga turut dijual.

Turut ditemui dalam jualan itu ialah kosmetik penjagaan kulit Ailke, Feique Jiaoli dan S’Zitang buatan China, yang dilarang untuk dijual dari 2010 hingga 2022.

Collagen Plus Vit E Day & Night Cream, yang dilaporkan diseludup dari Indonesia, diharamkan pada 2017 dan 2021, juga turut dijual dalam talian.

Merkuri adalah unsur toksik malah walaupun sejumlah kecil bahan kimia ini ia berbahaya kepada kesihatan manusia. Bagi krim pencerah kulit yang mengandungi merkuri, merkuri dibebaskan melalui penggunaan produk biasa dengan sentuhan kulit dan penyedutan sebagai laluan pendedahan biasa. Penggunaan berulang boleh membahayakan buah pinggang, otak dan sistem saraf pusat, menyebabkan perubahan warna kulit, ruam dan parut, dan mengurangkan daya tahan kulit terhadap jangkitan bakteria dan kulat.

Penggunaan produk pemutihan kulit yang mengandungi merkuri oleh wanita hamil amat membimbangkan kerana merkuri diketahui boleh merentas plasenta semasa hamil dan terkumpul dalam tisu janin, menjejaskan perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam kandungan dan menyebabkan gangguan perkembangan saraf.

“Penjualan dalam talian yang tidak beretika dan menyalahi undang-undang bagi produk yang mengandungi merkuri tanpa kebenaran yang mendakwa dapat mencerahkan warna kulit dan merawat masalah kulit daripada warna kulit tidak sekata, tompok-tompok, jeragat, tompok-tompok penuaan, kedutan hingga jerawat terus berlarutan,” kata Aileen Lucero, Penyelaras Kebangsaan, EcoWaste Coalition.

“Pelantar e-dagang dan agensi kawal selia yang berkenaan mesti bertindak dengan keazaman untuk menamatkan perdagangan yang tidak normal seperti itu yang meletakkan kesihatan pengguna, keluarga mereka dan alam sekitar berisiko tercemar merkuri,” katanya.

“Selain daripada memastikan membeli-belah bebas merkuri dan toksik, kami juga mengesa laman sesawang e-dagang untuk menghapuskan pembungkusan plastik yang berlebihan bagi mengurangkan sisa plastik,” tambahnya lagi.

Bagi pengguna, terimalah warna kulit semula jadi anda. Tolak produk pemutih kimia, yang mengekalkan diskriminasi berdasarkan warna kulit, nasihat kumpulan itu.