Elakkan Bahan Plastik Semasa Perayaan Kenderaan Terapung

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow, pengajur kempen, memegang lampu mesra alam.

Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Penang Green Council (PGC), Hindu Sangam Malaysia Negeri Pulau Pinang (MHS) dan pengurusan Kuil Sri Singamuga Kaliamman di Teluk Bahang menggesa penganut Hindu supaya tidak menggunakan sebarang jenis bahan busa atau plastik sintetik semasa sambutan Masi Maga Theppa Thiruvizha, perayaan kenderaan terapung, yang disambut pada 12 Mac 2025 di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Perarakan Kenderaan Terapung Tahunan, yang disambut di Kuil Singamuga Kaliamman yang berusia 118 tahun di Teluk Bahang, merupakan perayaan di tepi laut yang menarik ribuan penganut. Sebuah kenderaan terapung, dihiasi dengan lampu dan bunga yang membawa dewa kuil, akan dibawa mengunjungi laut semasa perayaan ini.

Secara tradisinya, beribu-ribu penganut memasang lampu seperti tanglung berhias untuk terapung di laut selepas membuat hajat semasa kunjungan kenderaan terapung yang membawa dewa ini. Lampu berhias ini biasanya dipasang pada bahan styrofoam dan polistirena kerana beratnya yang ringan dan keupayaan untuk terapung. Ia juga boleh bergerak dengan mudah di atas air. Pada masa lalu, ratusan bahan berasaskan busa sintetik dilihat terapung di laut sehari selepas perarakan.

Lampu minyak semula jadi di atas batang pisang adalah pilihan yang baik kerana ia terapung dengan baik dan terurai secara senula jadi di laut.

Bahan busa dan plastik ini adalah pencemar laut utama yang mengancam ekosistem marin. Ini kerana styrofoam dan polistirena tidak boleh terbiodegradasi dan tidak boleh pecah kepada kepingan yang lebih kecil. Ini menyebabkan haiwan tersilap memakannya kerana dianggap sebagai makanan terutamanya oleh hidupan laut seperti ikan dan penyu, menyebabkan kecederaan dan membunuhnya.

Bagi mengelakkan pencemaran marin dan kesan buruk terhadap hidupan marin ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, CAP, MHS dan pengurusan kuil merayu agar penganut tidak menggunakan Styrofoam atau sebarang jenis polistirena atau bahan berasaskan plastik untuk tanglung.

Lampu minyak semula jadi pada batang pisang telah digunakan kira-kira dua hingga tiga dekad yang lalu, lampu ini dipasang pada lapisan batang pokok pisang, yang merupakan pilihan yang lebih baik kerana ia bukan sahaja terapung dengan baik tetapi juga terbiodegradasi di dalam laut.

Pengurusan kuil telah mempromosikan alternatif mesra alam ini sejak beberapa tahun lalu dan tahun ini sekali lagi pihak kuil mengatur bagi alternatif mesra alam.

Oleh sebab itu CAP, bersama-sama kerajaan Negeri bagi perumahan dan alam sekitar, PGC, MHS dan pengurusan kuil, menggesa penganut untuk mencari alternatif yang lebih selamat dan mesra alam seperti pinggan yang diperbuat daripada daun pokok pinang, sekam padi dan batang pokok pisang untuk mengapungkan lampu.

Memandangkan perayaan itu adalah untuk mensyukuri nikmat Tuhan, Alam Semula jadi dan laut atas rezeki yang dikurniakannya, maka sewajarnya pendekatan mesra alam diambil untuk menjadikan perayaan itu lebih bermakna.

 

YB Dato Seri Sundarajoo Somu
Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang

NV Subbarow
Pegawai Pendidikan dan Penganjur kempen,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Josephine Tan Mei King
Pengurus Besar
Penang Green Council

Tharman Anandan
Pengerusi
MHS Majlis negeri Pulau Pinang

A. Kanabathy
Pengerusi
Kuil Sri Singamuga Kaliamman Teluk Bahang