
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sebelum ini telah memaklumkan kepada pihak kerajaan tentang pembuangan sampah secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di kawasan Hutan Simpan Kekal Paya Bakau Sungai Merbok, Kedah dan menggesa tindakan diambil bagi mengatasi masalah itu.

Tinjauan CAP baru-baru ini mendapati tindakan telah diambil oleh pihak berkenaan dengan meletakkan tanda amaran dan tong sampah di kawasan terbabit agar perbuatan mencemarkan alam sekitar di sini tidak berlarutan. CAP berharap orang ramai mematuhi arahan tersebut demi menyelamatkan alam sekitar dan khazanah alam semula jadi di sini dari terus terancam.
