GUNAKAN TANGGA, SIHATKAN TUBUH BADAN

Aktiviti fizikal sangat penting bagi memastikan seseorang kekal sihat dan cergas. Namun, kebanyakan individu lebih gemar menggunakan lif berbanding tangga di dalam sesebuah bangunan.

Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai digalakkan kerap menggunakan tangga berbanding lif bagi mendapat manfaat kepada tubuh badan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia