Hapusan Plumbum Dalam Cat Di Seluruh Dunia

MINGGU PENCEGAHAN KERACUNAN PLUMBUM (ILPPW) antarabangsa ke lapan bermula pada 25 – 31 Oktober 2020. Minggu tindakan ini merupakan satu inisiatif Gabungan Global untuk Menghapuskan Cat Plumbum (Gabungan Cat Plumbum), dipimpin bersama oleh Program Alam Sekitar PBB dan WHO.

Pengeluaran dan penjualan cat berplumbum masih dibenarkan di lebih 60% negara, menyebabkan sumber pendedahan plumbum yang berterusan dan di masa depan bagi kanak-kanak dan pekerja. Tumpuan utama minggu tindakan bagi tahun ini ialah perlunya dipercepatkan kemajuan bagi menghapuskan cat berplumbum di seluruh dunia melalui langkah peraturan dan undang-undang.

PLUMBUM DALAM CAT DI MALAYSIA merupakan masalah yang serius memandangkan ujian CAP mengesan paras plumbum yang tinggi dalam banyak sampel. CAP menyokong inisiatif ini memandangkan plumbum amat berbahaya terutama sekali kepada kanak-kanak, wanita hamil dan pekerja. Nantikan hantaran kami mengenai plumbum semasa minggu ini.

https://www.facebook.com/unep

https://www.facebook.com/WHO

https://www.facebook.com/ToxicsFree