
Kira-kira satu setengah bulan yang lalu, benih bendi disemai di Kebun Bandar CAP. Dua minggu kemudian, anak pokok lobak ditanam berselang di samping pokok bendi.
Sebelum pemindahan dilakukan, kira-kira setengah genggam baja kompos cacing daripada rumah cacing ditambah ke dalam setiap lubang anak pokok lobak.
Tepat satu setengah bulan kemudian, lobak ini tumbuh dengan sihat, muncul dari tanah dengan daun hijau yang subur yang merupakan tanda-tanda yang jelas bahawa ia sudah bersedia untuk dituai.
Baja kompos cacing benar-benar melakukan keajaibannya di Kebun Bandar CAP, memberikan kami lobak yang sihat dan kuat serta tegap.


