Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos SaraHidup dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera menurunkan harga sayur-sayuran yang meningkat sehingga 160% sejak satu bulan lalu.
Harga berikut yang disenaraikan di bawah memberikan harga perbandingan.
No |
Sayur-sayuran Per KG |
Harga Lama (RM) |
Harga Baharu (RM) |
Peratus |
1. |
Bendi |
6.00 |
16.00 |
166% |
2. |
Kacang Panjang |
6.00 |
12.00 |
100% |
3. |
Tomato |
4.50 |
10.00 |
120% |
4. |
Kacang Buncis |
6.00 |
12.00 |
100% |
5. |
Terung Bulat |
7.00 |
12.00 |
71% |
Beberapa peruncit mengadu bahawa pengedar dan pemborong telah memberi amaran kepada mereka bahawa harga sayur-sayuran lain mungkin akan naik dalam beberapa minggu akan datang.
CAP menyeru Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menyiasat kenaikan harga di atas memandangkan golongan berpendapatan rendah akan terjejas teruk dengan kenaikan harga barang dan tindakan keras terhadap peniaga yang menaikkan harga secara berlebihan serta melanggar Kawalan Harga dan Akta Anti-Pencatutan 2010.
CAP juga telah berulang kali menyeru agar FAMA mengawal pemasaran dan pengedaran sayur-sayuran di negara ini untuk menghapuskan orang tengah mengaut keuntungan tetapi seruan kami tidak didengari.
Mohideen Abdul Kader
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Kenyataan Akhbar, 1 Februari 2023