Perut buncit atau obesiti perut menyebabkan anda berisiko bagi penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, strok dan kanser.
Terlalu banyak lemak perut menunjukkan pembentukan jenis lemak unik yang dipanggil lemak visceral di sekeliling pelbagai organ dalaman seperti hati, pankreas dan usus.
Lemak visceral berbahaya kerana ia berkaitan dengan pelepasan protein dan hormon yang boleh menyebabkan keradangan. Keradangan ini boleh merosakkan arteri, memasuki hati dan menjejaskan secara negatif bagaimana tubuh memecahkan gula dan lemak.
Bagaimana untuk mengurangkan perut buncit:
1. Elakkan gula. Minuman ringan dan jus buahan amat tinggi kandungan gula dan menjadikan anda lebih berat.
2. Makan sayur-sayuran. Kubis, timun dan bayam membantu mengurangkan lemak.
3. Makan protein. Daging, ikan dan telur membantu membina berat tubuh tanpa lemak.
4. Puasa berselang baik untuk berat dan fungsi tubuh.
5. Pergi ke gim 4 – 5 kali seminggu. Angkat berat sebaik-baiknya, tidak kira betapa kecilnya, ia baik untuk otot.
6. Elakkan alkohol. Ia menyebabkan hati berlemak dan menekan hati.
7. Kurangkan tahap tekanan. Luangkan masa rehat.
8. Lebih banyak berehat. Khususnya tidur yang mencukupi selama 6 – 9 jam setiap malam.
9. Minum lebih banyak air. Ia amat baik bagi metabolisme, kehilangan berat dan fungsi tubuh.
Sumber: First Doctor