Menurut World Health Organization, bayi yang berumur bawah 6 bulan disarankan menyusu secara eksklusif semasa 6 bulan pertama. Menyusu secara ekslusif bermaksud bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa diberi makanan atau minuman tambahan, termasuklah air kosong.
Susu ibu sendiri mengandungi kandungan air yang tinggi iaitu sebanyak 88% dan cukup untuk keperluan bayi anda. Pemberian air kosong terlalu awal boleh meningkatkan pelbagai risiko seperti di bawah yang boleh membahayakan kesihatan bayi anda. ~ Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kelantan (Sumber: Nutritionist KKM)