KASUT TUMIT TINGGI MEROSAKKAN KAKI DAN TUBUH

X-ray menunjukkan bagaimana memakai kasut tumit tinggi memberikan tekanan yang kuat terhadap tulang, otot dan tendon kaki.

Terdapat 26 tulang di kaki. Apabila memakai kasut tumit tinggi, setiap tulang ini berada dalam kedudukan yang tidak betul. Ini akan meningkatkan lagi risiko sakit tulang dan osteoarthritis.

Di samping itu, penjajaran lutut, belakang dan pinggul semuanya dikorbankan. Apabila tubuh tidak sejajar, sendi menerima lebih banyak tekanan untuk mengekalkan keseimbangan.

Lama kelamaan, tulang rawan di sendi, terutamanya di lutut, boleh mula haus. Ini adalah permulaan osteoarthritis.

Kasut tumit tinggi juga mengubah pusat graviti yang membawa kepada sakit lutut, pinggul dan belakang.

Berhentilah  menjadikan kebiasaan memakai kasut tumit tinggi.

Sumber: First Doctor