KELIRU dan DIPAKSA Membeli Lebih Banyak

Pusat membeli-belah hari ini dan anda akan kehilangan arah. Anda merasa keliru dan tidak tahu bagaimana untuk kembali ke kereta.

Banyak pusat membeli-belah moden menggunakan pelan lantai heksagon, yang terbukti menjadi antara paling sukar untuk mencari arah.

Sebaik sahaja berada dalam pusat membeli-belah, pelanggan akan melalui 12 lorong yang rumit, yang sengaja disusun dengan sudut yang mengelirukan.

Kekeliruan menyebabkan pelanggan berada lebih lama di dalam pusat membeli-belah.

Setiap belokan menambahkan kekeliruan, sehingga anda tidak lagi tahu arah mana untuk mencari jalan keluar. Anda mungkin perlu berjalan melepasi 20 lebih kedai sebelum anda menemui pintu keluar. Pihak pusat membeli-belah berharap agar bahagian depan kedai akan memikat anda untuk membelanjakan lebih banyak wang.

“Kami mahu anda sesat,” jelas Tim Magill, salah seorang pereka bentuk pusat membeli-belah gergasi Minneapolis, Amerika pada hari pembukaannya.

Pengguna di pusat membeli-belah bertukar menjadi kanak-kanak hilang yang sedang merayau ke sana ke sini di koridor dan mencari arah supaya anda ditunjukkan kepada jurujual.

Sesetengah kedai, seperti Ikea, menambah kekeliruan kita dengan memaksa kita mengikuti lorong yang ditetapkan untuk kita oleh pereka bentuk kedai, mengambil peralatan bilik mandi di sini dan tirai Venice di sana.

Daripada PANDUAN CAP: Jangan Jadi Mangsa Beli Tanpa Berfikir.