SATU PENCEMARAN DIDENDA, yang LAIN dapat GANJARAN

Kedua-duanya mencemarkan, satu mengotorkan tempat, yang lain secara terang-terangan mencemarkan pemandangan kita dengan cara yang lebih besar. Kenapa pilih kasih?

Kenapa kita menghukum individu lemah tetapi memberikan GANJARAN kepada AHLI PERNIAGAAN YANG KAYA dan KORPORAT. Haruskah kita membenarkan pencemaran pandangan dan KOMERSIALISASI RUANG AWAM? Haruskah kita menuntut kembali ruang awam kita?

Haruskah kita membiarkan orang ramai dididik oleh budaya komersial, nilai dan jenama untuk dibeli, beli dan beli? Atau membiarkan diri kita dididik oleh kehijauan, pokok dan alam sekitar semula jadi.

Iklan bercambah di mana-mana dalam bentuk papan iklan, menara iklan setiang, imej bergerak LCD, ruang dinding, di atas bumbung dan di setiap ruang awam yang ada.

Kini tiba masanya komersialisasi ruang awam dihentikan dan ruang awam dihijaukan dengan pokok dan tumbuhan, tidak dicemarkan oleh iklan komersial.

Iklan juga menawarkan pengambilan berlebihan sebagai cara hidup dan sering menawarkan pemikiran stereotaip lain yang merosakkan komuniti.