Kenakan Larangan Kepada Kenderaan Berat Pada Waktu Puncak Di Jalan Raya Pulau Pinang

Lori treler dengan tiang konkrit yang berat.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenakan larangan ke atas kenderaan berat pada waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Kenderaan pembawa kenderaan pada waktu puncak.

Tinjauan CAP mendapati pergerakan kenderaan barangan dan pembinaan pada waktu puncak, khususnya pada waktu pagi dan petang, menyumbang dengan ketara kepada kesesakan lalu lintas dan mengganggu kelancaran lalu lintas di Jalan Masjid Negeri dan Jalan Scotland.

Jalan-jalan ini adalah antara yang paling sibuk di Pulau Pinang dan kesesakan ini diburukkan lagi dengan terdapatnya beberapa sekolah di sepanjang laluan itu.

Kenderaan pembancuh konkrit di jalan raya di Pulau Pinang pada waktu puncak.

Peningkatan semasa kenderaan di bandar raya ini menyebabkan kelewatan yang ketara, dengan beberapa pengguna melaporkan mengambil masa perjalanan lebih sejam untuk sampai ke destinasi mereka. Bagi menangani isu ini, adalah dicadangkan kenderaan berat dilarang memasuki jalan-jalan utama ke pusat bandar dari pukul 6:30 pagi hingga 9:30 pagi dan dari 4:30 petang hingga 7:30 malam setiap hari.

Kenderaan kontena muatan berat di jalan raya pada waktu puncak.

Langkah yang sama telah dilaksanakan di Kuala Lumpur sejak 2022, di mana Jabatan Pengangkutan Jalan menguatkuasakan larangan ke atas kenderaan berat dengan berat muatan melebihi 7,500 kg daripada memasuki pusat bandar pada waktu puncak yang sama. Inisiatif ini bertujuan untuk menambah baik aliran lalu lintas dan mengurangkan kesesakan di kawasan bandar.

 

 

Mohideen Abdul Kader
President
Consumers Association of Penang (CAP)

Press Statement, 2 August 2024