KENALI PERMAINAN TRADISIONAL GALAH PANJANG

Permainan galah panjang adalah sejenis permainan yang melintasi garisan-garisan berhalang. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan. Bilakah kali terahir anda bermain permainan ini? (Jabatan Penerangan Malaysia)

Galah panjang merupakan permainan tradisional yang mampu membentuk kecerdasan minda dan badan terutama bagi kanak-kanak. Permainan ini merangsang pemikiran bagi mengatur strategi untuk menjadi pemenang dan menjauhi pihak musuh. Selain menyeronokkan, ia juga mampu melatih semangat berpasukan yang tinggi kerana menggalakkan ahli kumpulan menjaga antara satu sama lain. (Sinar Bestari, Sinar Harian)

Permainan popular ini boleh dimainkan oleh kaum lelaki dan perempuan di semua peringkat umur dari kecil hingga dewasa.

Jom kita belajar!