KENAPA BUAHAN & SAYURAN LEMBUT DALAM PLASTIK?

Buah-buahan dan sayur-sayuran datang dalam pembungkusan kompos sendiri yang direka oleh alam semula jadi. Contohnya jagung dan pisang, datang dengan penutup pelindungannya sendiri yang mudah ditanggalkan dan tidak menghasilkan sisa plastik.

Pembungkusan hanya memudahkan proses pengendalian produk ini untuk pasar raya dan memudahkan penetapan tarikh penggunaan.

Kajian selama 18 bulan oleh badan amal sisa makanan UK Wrap mendapati bahawa membungkus produk segar dalam plastik tidak meningkatkan jangka hayatnya dan pembungkusan sering memaksa pembeli untuk membeli lebih banyak daripada apa yang diperlukan, dengan ini membawa kepada lebih banyak makanan yang dibazirkan.

Mengikut pengiraan oleh penyelidik, setiap tahun di United Kingdom (UK) lebih daripada 10,300 tan plastik dibazirkan, bersama-sama dengan kira-kira 100,000 tan makanan, disebabkan oleh pembungkusan plastik. Ia bersamaan dengan 14 juta bakul beli-belah makanan.

Menghapuskan pembungkusan akan menghentikan edaran 1,100 lori sampah plastik.

Marilah kita bersama-sama atasi pencemaran plastik. Belilah buah-buahan dan sayur-sayuran bermusim yang berasingan, bukan yang dibungkus dalam dulang plastik yang dibalut melekat. Belilah dari pasar basah dan pasar tani serta sokonglah hasil keluaran tempatan.

(Gambar oleh: @ErikSolheim)