Kita Lemas Dalam Sampah. BERTINDAK SEKARANG

188 Kumpulan Alam Sekitar Gesa Singkirkan Produk Sekali Guna, Ketika Perhimpunan Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bersedia untuk Berbincang Mengenai Kemampanan.

“Singkir barangan guna buang” jika kita mengambil berat mengenai bumi ini, kata kumpulan alam sekitar.

17 Februari 2021 – Ketika perwakilan daripada 190 negara bersedia untuk membincangkan “Mengukuhkan Tindakan untuk Alam Semula Jadi”, 188 kumpulan alam sekitar dari seluruh dunia menggesa mereka supaya mengubah sistem yang menyokong pengeluaran produk sekali guna yang mencemarkan.

Pada hari ini kumpulan-kumpulan alam sekitar tersebut mengeluarkan kertas kenyataan bersama “Daripada Sekali Guna Kepada Perubahan Sistem”, untuk mendedahkan kesan besar produk sekali guna ke atas alam semula jadi, hidupan liar, kesihatan manusia, dan komuniti mudah terancam.

Produk sekali guna, daripada pembungkusan hinggalah kepada bekas makanan, cawan dan peralatan makan guna buang, merupakan penyumbang utama kepada 2 bilion tan sisa yang dijana oleh manusia setiap tahun. Angka ini diramalkan akan meningkat 70% menjelang 2050.

“Kita sedang melenyapkan sistem sokongan penting yang kita semua perlu untuk meneruskan kelangsungan hidup, hanya untuk produk sekali guna untuk kesenangan ramai,” kata Tamara Stark, Pengarah Kempen Canopy, salah sebuah pertubuhan yang terlibat dalam kertas kenyataan bersama. Menghapuskan produk sekali guna bukan hanya mengurangkan sisa tetapi membantu menangani perubahan iklim, melindungi hutan, dan menghentikan mikroplastik daripada meracuni hidupan laut.”

Kertas itu menonjolkan tindakan khusus untuk diambil oleh kerajaan, pemimpin perniagaan, institusi kewangan dan pelabur, dalam usaha untuk mengubah sistem pengeluaran, mengurangkan secara menyeluruh penggunaan bahan mentah dan kepenggunaan serta memperkembangkan inovasi. Sementara itu tindakan oleh individu juga memainkan peranan, NGO-NGO tersebut berkata bahawa lebih banyak tanggungjawab terletak dengan pembuat keputusan dan mereka yang merekabentuk dan meluluskan sistem itu sendiri.

“Sering kali, mereka yang paling mudah terancam dalam masyarakat kita yang terpaksa menanggung beban produk yang mencemarkan ini – yang mencemarkan bekalan makanan tempatan, menyebabkan tapak pelupusan sisa penuh, dan meracuni air dan tanah dengan bahan kimia toksik,” kata Von Hernandez, Koordinator Global Pergerakan Bebas Daripada Plastik (Global Break Free From Plastic Movement). “Kini tiba masanya untuk kita menggesa badan korporat dan industri yang mendorong pencemaran global dan krisis iklim agar bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Kita perlu melihat perubahan radikal bagaimana produk disampaikan kepada orang ramai, tanpa penggunaan pembungkusan berbahaya dan mencemarkan.”

“Kertas lawan plastik sering menjadi pilihan yang salah. Daripada perspektif kertas bermakna lebih banyak hutan ditebang, memusnahkan pertahanan terbaik kita terhadap perubahan iklim, dan lebih banyak pencemaran bagi komuniti tempatan di mana kilang kertas ditempatkan,” kata Scot Quaranda, Pengarah Komunikasi bagi Dogwood Alliance. “Selepas melihat perlindungan alam sekitar kita hancur dalam beberapa tahun yang lepas di Amerika Syarikat., kini tiba masanya kita dan negara perindustrian lain memimpin perubahan kepada produk dan kaedah pengeluaran yang lebih mampan.”

The Environmental Paper Network merupakan satu lagi penyokong utama bagi perubahan daripada produk serta sistem sekali guna dan minggu ini melancarkan laman sesawang baharu SolvingPackaging.org untuk membantu syarikat, penggubal undang-undang, penyokong, dan individu menyingkirkan barangan sekali guna dan memilih penyelesaian pembungkusan mampan.

Kertas bersama “Daripada Sekali Guna kepada Perubahan Sistem” boleh didapati di sini: www.canopyplanet.org/single-use-to-systems-change