KURANGKAN PENGAMBILAN KALORI DI AIDILFITRI

Pelbagai juadah raya memang tidak asing lagi ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun begitu, ia bukanlah satu alasan untuk kita tidak mengamalkan pemakanan sihat ketika beraya.

Pengambilan makanan yang tidak terkawal terutamanya ketika musim perayaan boleh menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak selain meningkatkan risiko kepada penyakit kronik.

Kawal pemilihan makanan anda untuk mengelakkan daripada berat badan bertambah sesudah puas beraya. – Nutritionist Sabah

(Sumber: Nutritionist KKM)