Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum amaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 25 April 2023 mengenai sirap ubat batuk Guaifenesin Syrup TG Syrup buatan QP Pharmachem Ltd. (Punjab, India) yang tercemar dengan diethylene glycol dan ethylene glycol melebihi had yang dibenarkan.
Orang awam adalah diminta untuk berhati- hati dan mengambil langkah tindakan proaktif dengan melaporkan sebarang aduan mengenai produk ini melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my.
Anda juga boleh membuat laporan di Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan atau menghubungi talian 03-78413200 untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil oleh KKM.
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)