KURMA BAIK UNTUK KESIHATAN

Gambar: Daily Health Tips

Kurma sangat berkhasiat, ia kaya dengan vitamin dan mineral (contohnya: zat besi, kalium, magnesium, dan vitamin B) serta serat.

Ia juga mengandungi antioksidan (flavonoid, karotenoid dan asid fenolik) yang boleh membantu mencegah perkembangan penyakit kronik tertentu seperti penyakit jantung, kanser, Alzheimer dan diabetes.

Walau bagaimanapun, kerana kurma mengandungi gula yang tinggi  ia adalah sumber fruktosa semula jadi, jenis gula yang terdapat dalam buah, bagi pesakit kencing manis perlu memakannya secara sederhana. Pakar kesihatan menasihatkan makan tidak lebih daripada 2-3 biji kurma sehari untuk penghidap diabetes yang mengekalkan tabiat pemakanan sihat secara keseluruhan.

PETUA: Jika anda menghidap diabetes, pertimbangkan untuk makan kurma bersama-sama dengan protein, seperti segenggam kacang kerana ini membuatkan tubuh mencerna karbohidrat, iaitu gula dengan sedikit lebih perlahan dan sekali gus menghalang kenaikan gula dalam darah.