KENAPA PELBAGAI WARNA PENTING DENGAN BUAH-BUAHAN & SAYURAN

Gambar melalui Nutrition Guide

“Makan pelangi” atau lebih tepat adalah makan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni merupakan panduan asas pemakanan yang sihat. Setiap warna dalam buah-buahan dan sayur-sayuran dicipta oleh fitonutrien tertentu, iaitu sebatian semula jadi yang membantu melindungi tumbuhan daripada kuman, pepijat, matahari dan ancaman lain. Dan setiap warna ini menunjukkan banyaknya nutrien tertentu.

Malah, kepelbagaian vitamin, mineral, antioksidan, dan fitokimia dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ini mungkin lebih berkuasa untuk kesihatan daripada sebarang pil.

Makanlah kepelbagaian makanan berwarna-warni yang boleh menjadi cara mudah untuk mendapatkan rangkaian lengkap nutrien yang diperlukan oleh tubuh untuk berkembang.

Sumber: Food Revolution Network