Dua Paru-paru. Satu Bumi. Satu Masa Depan. Dalam gambar yang menarik ini, paru-paru Bumi terbentuk di mana satu tumbuh subur dengan hutan hijau, satu lagi hidup dengan terumbu karang dan hidupan marin. Bersama-sama, ia melambangkan keseimbangan halus yang mengekalkan kehidupan di planet kita.
Hutan dan lautan bukan sahaja keindahan semula jadi malah ia adalah sistem sokongan hidup planet kita. Ia bernafas untuk kita, membersihkan udara, mengawal iklim, dan memelihara spesies yang tidak terkira banyaknya. Namun kedua-duanya berada dalam bahaya daripada penebangan hutan, pencemaran, dan perubahan iklim.
HUTAN HUJAN telah wujud selama berpuluh juta tahun. Ia juga dikenali sebagai “paru-paru planet”, hutan hujan menjana kira-kira 20% oksigen dunia dan pokok-pokoknya memainkan peranan penting dalam mengurangkan tahap pencemar. Hutan hujan tropika meliputi kurang daripada 7% permukaan tanah kering Bumi. Lebih separuh daripada semua spesies tumbuhan dan haiwan di dunia menjadikan hutan hujan sebagai rumah.
LAUTAN membekalkan kebanyakan oksigen bumi, sebanyak 80%. Organisma marin seperti rumpai laut, fitoplankton dan beberapa bakteria berfotosintesis yang bermakna sama seperti tumbuhan, ia mengambil karbon dioksida, air dan cahaya matahari serta menghasilkan oksigen yang memberi manfaat kepada semua makhluk hidup.
Tetapi paru-paru bumi kini semakin laju menuju kemusnahan. Hutan hujan berada di bawah ancaman daripada penebangan hutan dan boleh hilang dalam 100 tahun. Lautan sedang dimusnahkan oleh pelbagai faktor, termasuk penangkapan ikan berlebihan, pencemaran marin, pemanasan lautan dan pengasidan.
Manusia mempunyai kuasa dan pengetahuan untuk membalikkan bahaya dan memulihkan semula tanah dan lautan jika ia bertindak sekarang. Ini bukan hanya mengenai alam sekitar tetapi ini mengeani kita. Setiap nafas yang kita ambil menghubungkan kita dengan irama Bumi. Setiap tindakan kita menggunakan plastik atau menggunakan semula barangan, kehilangan hutan atau menanam pokok akan membentuk paru-paru planet kita.
Marilah kita melindungi kehijauan dan memulihkan semula warna biru. Kerana ia adalah kesihatan Bumi yang menjadi milik kita sendiri.
Rujukan: Tech X; Rainforest Foundation
(Gambar: Tech X)


