Menyejukkan tubuh secara semula jadi melalui makanan dan minuman adalah paling mudah serta berkesan untuk mengekalkan kesihatan, terutamanya dalam iklim yang panas. Dengan menggabungkan buah-buahan yang kaya dengan air, minuman herba dan ringan, makanan yang menyegarkan, seseorang itu boleh mencegah penyakit berkaitan haba, menyokong penghadaman dan meningkatkan kesejahteraan secara keseluruhannya.
Tidak seperti kaedah penyejukan buatan lain seperti penyaman udara, yang boleh menyebabkan kekeringan dan menggunakan jumlah tenaga yang lebih banyak, penyejukan semula jadi melalui diet menawarkan manfaat holistik dan berpanjangan bagi tubuh dan fikiran.
Komuniti di Malaysia sudah lama mengamalkan penawar semula jadi mereka sendiri yang unik untuk kekal sejuk, dengan tradisi yang diturunkan dari generasi ke generasi.
Komuniti Melayu sering menggunakan bahan semula jadi seperti daun pandan, ulam, air barli dan air kelapa untuk menyejukkan tubuh. Minuman tradisional seperti sirap ros dengan biji selasih (sirap selasih) dan persediaan herba yang diperbuat daripada akar dan daun tempatan juga terkenal bagi mengurangkan haba dalaman.
Dalam budaya Cina, mengimbangi ‘yin dan yang tubuh’ adalah penting. Makanan yang menyejukkan seperti teh herba (liang cha), sup buah kundur, teh kekwa dan kacang hijau biasanya dimakan, terutamanya semasa cuaca panas. Ia dipercayai dapat membantu mengurangkan ‘kepanasan’ dalam tubuh dan mencegah penyakit.
Komuniti India secara tradisional menggunakan susu mentega, air jintan putih, teh halba dan hidangan disediakan dengan rempah penyejuk seperti adas dan biji ketumbar. Bubur yang diperbuat daripada sekoi seperti ragi adalah penawar tradisional yang terkenal dalam isi rumah bagi menyejukkan tubuh semasa hari panas.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah menerbitkan buku kecil yang menampilkan pilihan resipi yang menyejukkan secara semula jadi daripada pelbagai komuniti. Kami berharap agar ini akan memberikan inspirasi kepada generasi yang lebih muda untuk meneroka dan menikmati manfaat makanan penyejuk semula jadi.
Muat turun buku kecil “Makanan & Minuman yang menyejukkan” di bawah.
https://consumer.org.my/wp-content/uploads/2025/08/5-Ogos-2025-Makanan-minuman-yang-menyejukkan.pdf


