MEMAJUKAN PERALIHAN TENAGA YANG ADIL DI MALAYSIA

Usaha Penjimatan Tenaga di Sekolah-Sekolah Terpilih di Pulau Pinang

Dalam tahun 2025, Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menyambung pelaksanaan projek yang bertujuan untuk mempromosikan tindakan pengguna ke arah peralihan tenaga yang adil di Malaysia, dengan tumpuan khusus kepada pelajar sekolah dan pengguna umum.

Objektif utama projek ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim, menekankan kepentingan penjimatan dan kecekapan tenaga dalam mengurangkan impak perubahan iklim, serta menggalakkan usaha proaktif untuk mengurangkan penggunaan tenaga. Inisiatif ini melibatkan dua belas sekolah dan satu pertubuhan masyarakat sivil di negeri Pulau Pinang.

Projek ini telah membuahkan hasil yang memberangsangkan, menjana kesedaran tentang perubahan iklim dan menggalakkan amalan mesra alam dalam kehidupan seharian di kalangan bukan sahaja pelajar, tetapi juga keluarga dan komuniti mereka.

Projek penjimatan tenaga CAP di sekolah berfungsi sebagai model untuk penjimatan tenaga di seluruh negara, menyediakan pelajar hari ini untuk menjadi juara kelestarian masa depan.

Muat turun dan baca laporan penuh projek di sini:
https://consumer.org.my/wp-content/uploads/2025/12/26-Dis-2025-ES-report-Malay.pdf