Percutian akhir tahun dan musim perayaan semakin hampir dan ramai di antara kita akan membeli-belah untuk hadiah diri sendiri dan orang tersayang. Sebelum kita membeli, ingatlah ini: Kebanyakan produk hari ini diperbuat daripada plastik beracun dan mencemarkan.
Marilah kita berbelanja dengan penuh kesedaran dan berhati-hati dan katakan tidak kepada penggunaan berlebihan pada musim ini. Gabungan Pencemaran Plastik (PPC), sebuah gabungan individu global dan institusi yang komited untuk menghapuskan pencemaran plastik di seluruh dunia, mempunyai panduan berguna yang berikut:
> Hanya membeli produk yang penting sahaja, dan abaikan yang lain.
> Katakan tidak kepada trend, yang mempunyai jangka hayat yang singkat. Ingatlah, plastik kekal selama-lamanya.
> Carilah satu produk penting yang anda boleh menukarnya dengan barangan bebas plastik lain, seperti deodoran yang dibungkus dalam kertas dan bukannya plastik.
> Melabur dalam sesuatu yang praktikal dan boleh diguna semula, seperti peralatan makanan daripada kaca, bukannya pembungkus plastik.
> Belilah secara pukal. Bagi barangan seperti kekacang, beras dan kacang, carilah barangan yang tersedia secara pukal/borong dan bawa balang kaca anda sendiri untuk mengabaikan pembungkusan plastik.
> Sokonglah perniagaan yang benar-benar rendah sisanya yang menggunakan pembungkusan boleh guna semula dan bebas plastik.


