Memperkasa Pelindung Tenaga Muda di SJKC Union, Pulau Pinang

Pada 21 Mac 2025, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyampaikan ceramah mengenai penjimatan tenaga kepada kira-kira 800 pelajar SJKC Union. Objektif kami adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan penjimatan tenaga dan kecekapan dalam memerangi perubahan iklim.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif kami untuk menggalakkan kemampanan, kami melantik pelajar terpilih daripada setiap kelas sebagai Pengawas Tenaga iaitu pemimpin muda yang diamanahkan untuk memantau penggunaan elektrik di dalam bilik darjah mereka.

Semasa majlis khas ini, para pelajar mengangkat sumpah di hadapan rakan sebaya dan guru mereka, dengan berjanji untuk memainkan peranan mereka dalam menjimatkan tenaga dan mengurangkan pembaziran. Ia adalah detik yang membanggakan dan bermakna, bagi mengukuhkan lagi kepentingan tanggungjawab individu dalam menangani isu alam sekitar.

Pegawai penyelidik CAP, Ung Jun Min, kemudiannya menyampaikan panduan secara praktik penjimatan tenaga yang boleh dilaksanakan oleh pelajar di rumah dan di sekolah. Contohnya, menggunakan mentol LED, menampal pelekat peringatan untuk mematikan lampu dan mematikan peralatan elektrik selepas menggunakannya. Beliau juga menerangkan pelabelan kecekapan tenaga pada peralatan elektrik berdasarkan sistem penarafan bintang. Lima bintang bermakna paling cekap manakala satu bintang adalah paling kurang cekap.

Penjimatan tenaga memainkan peranan penting dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mengurangkan kesan pemanasan global. Selain itu, penjimatan tenaga juga dapat menjimatkan kos, mengurangkan pencemaran, dan meningkatkan kualiti alam sekitar.

Untuk mengukuhkan lagi perkara penting ini, kami mengakhiri sesi dengan sesi Soal Jawab. Para pelajar mengambil bahagian dengan penuh semangat, menjawab soalan dengan yakin dan menunjukkan pemahaman mereka mengenai perkara yang dibincangkan itu.

CAP memberi inspirasi kepada orang ramai, terutamanya pelajar, untuk mengambil tindakan berfaedah yang mudah dalam penjimatan tenaga untuk masa depan yang lebih mampan. Dengan memperkasakan pelajar dengan pengetahuan dan tanggungjawab, kami boleh mencipta kesan yang meluas melangkaui bilik darjah sehingga ke dalam rumah dan komuniti.

Marilah kita bersama-sama menangani perubahan iklim dan penjimatan tenaga demi untuk masa depan yang lebih baik.

     

#EnergySavings #EnergyEfficiency #saveelectricity #climatechange #ClimateAction #SustainableFuture #sustainability #energymonitor