Mengalu-alukan Ucapan Perdana Menteri Malaysia di Persidangan Antarabangsa Nikkei

   

Kami, pertubuhan dan kumpulan penasihat pesakit yang bertandatangan di bawah ini, mengalu-alukan ucapan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Persidangan Antarabangsa Nikkei  ke-26 mengenai Masa Depan Asia pada 20 Mei 2021.

Kami memuji beliau bagi gesaan transformatif ini:

“Untuk bersiap sedia menghadapi kecemasan kesihatan berulang yang panjang – penggantungan IP sementara  perlu memberi laluan kepada transformasi keseluruhan sistem paten farmaseutikal.   Sekadar menangguhnya buat seketika tidak memadai. Kewajipan kita adalah untuk membongkar ia sepenuhnya. Dan Asia perlu mengemudi jalan ke arah membuka perlindungan paten dengan  menghasilkan versi generik ubatan yang mampu menyelamatkan nyawa bagi penyakit yang kritikal, dari Covid-19 hinggalah ke HIV/Aids.”

Sebagai langkah pertama, kami menyeru YAB agar memaklumkan kepada Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) bahawa Malaysia akan menyertai 62 negara lain sebagai penaja bersama kepada pengabaian sementara Perjanjian TRIPS yang akan membabitkan paten, rahsia dagangan serta hak milik intelektual lain yang berkaitan meliputi vaksin, ubatan rawatan, diagnostik, dan lain-lain produk perubatan yang diperlukan untuk COVID-19.

Sementara perhatian global dan nasional tertumpu kepada vaksin, terdapat juga keperluan segera bagi ubatan untuk merawat COVID-19 memandangkan kes terus meningkat; oleh itu pengabaian yang menyeluruh diperlukan.

Ditandatangani oleh:

  1. Agora Society Malaysia
  2. Citizens’ Health Initiative
  3. Consumer Association of Penang (CAP)
  4. Health Equity Initiatives
  5. Malaysian AIDS Council (MAC)
  6. Malaysian Women’s Action on Tobacco Control and Health (MyWATCH)
  7. Majlis Perundingan Pertumbuhan Islam Malaysia
  8. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)
  9. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
  10. Monitoring Sustainability of Globalisation (MSN)
  11. Parti Socialis Malaysia
  12. Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor dan Kuala Lumpur (Family Frontiers)
  13. Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia
  14. Pertubuhan Pembangunan dan Penyelidikan Antarabangsa untuk Kelestarian (IDRIS)
  15. Pertubuhan Ikatan Intelegensia Membangun Malaysia
  16. Positive Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+)
  17. Prostate Cancer Society Malaysia
  18. PT Foundation
  19. Sahabat Alam Malaysia
  20. Teras Pengupayaan Melayu
  21. Third World Network
  22. Together Against Cancer Association Malaysia (TAC)

Surat kepada Pengarang, 21hb. Mei 2021